JOHOR BAHRU, 21 OGOS: Cabaran Malaysia dalam Kejohanan Badminton Dunia 2019 di Basel, Switzerland diteruskan hari ini oleh perseroangan negara Lee Zii Jia dan Soniia Cheah.
Zii Jia menerima saingan sengit sebelum menewaskan pemain China, Lu Guang Zhu 12-21, 21-14, 21-15 dalam pusingan kedua dan akan menentang pemain Jepun, Kenta Nishimoto untuk merebut tempat ke saingan suku akhir hari ini.
Soniia pula menundukkan wakil Hong Kong, Yip Pui Yin 21-8, 21-18 dalam tempoh 37 minit dan akan beraksi di pusingan kedua hari ini menentang pemain Kanada, Michelle Li.
Sementara itu, cabaran regu profesional negara, Mohamad Arif Ab Latif-Nur Mohd Azriyn Ayub tamat di pusingan pertama selepas tewas 12-21, 19-21 kepada pasangan Russia, Vladimir Ivanov-Ivan Sozonov.
Sumber: Harian Metro