BM | EN | 中文

Solat tahajud, sedekah al-Fatihah rahsia pelajar Maahad Johor peroleh 10 Mumtaz Sufi STAM

Solat-tahajud-sedekah-al-Fatihah-rahsia-pelajar-Maahad-Johor-peroleh-10-Mumtaz-Sufi-STAM.png
Advertisement

KLUANG, 28 JUN: Tidak pernah meninggalkan solat sunat tahajud, selain sering mengamalkan sedekah surah aI-Fatihah untuk ibu bapa dan guru menjadi rahsia kecemerlangan seorang pelajar Maahad Johor di Johor Bahru, Nur Aini Norazmi, 19, yang mendapat keputusan 10 Mumtaz Sufi dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2020.

Beliau yang mengambil 10 mata pelajaran dalam peperiksaan itu berkata dia hanya berpeluang • belajar secara bersemuka kira-kira tiga bulan sahaja untuk menghadapi peperiksaan itu dan dan selebihnya adalah secara dalam talian melalui Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Sesi PdPR sangat mencabar kerana perlu berdepan dengan masalah capaian Internet. Saya tidak menyangka akan mendapat keputusan 10 Mumtaz Sufi kerana sebelum ini saya berasa kurang yakin terhadap beberapa mata pelajaran, syukur dan lega bila dapat tahu keputusan peperiksaan STAM saya baik.

Advertisement

‘Selain mengulang kaji pelajaran, saya amalkan solat tahajud, solat sunat duha, doakan juga untuk ibu bapa dan guru. Saya yakin jika kita minta pada Allah, dengan izin-Nya akan dipermudahkan,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di rumahnya di Lorong Haji Azmi, Simpang Renggam, dekat sini, semalam.

Nur Aini yang merupakan antara empat pelajar STAM cemerlang di negeri ini ditemui selepas menerima sumbangan dan sijil penghargaan daripada Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Tosrin Jarvanthi.

Advertisement

Beliau pada masa sama merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak sekolah kerana membenarkannya pulang ke asrama lebih awal untuk mengulang kaji pelajaran yang terlepas sebelum peperiksaan bermula.

Anak kedua daripada tiga beradik itu merancang untuk melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir atau Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang syariah.

Sementara itu, bapanya Norazmi Md Sanusi, 48, berkata dia gembira dan bersyukur kerana anaknya mendapat keputusan yang cemerlang dalam STAM dan sentiasa mendoakan yang terbaik, termasuk dapat melanjutkan pengajian di Mesir pada masa akan datang.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top