BM | EN | 中文

Solat Jumaat, fardu berjemaah di masjid, surau Johor maksimum 12 orang

masjid-sultan-abu-bakar-johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 JAN: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar membenarkan pelaksanaan solat Jumaat dan solat fardu berjemaah di semua masjid dan surau sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi dengan had maksimum 12 jemaah sahaja.

Dalam kenyataan dimuat naik menerusi Facebook baginda bertitah bagaimanapun, 12 jemaah tersebut adalah terdiri daripada pegawai masjid dan surau serta ahli jawatankuasa pengurusan kariah masjid dan surau.

Gambar FB Sultan Ibrahim

Baginda bertitah, pelaksanaan itu bermula dari 13 hingga 26 Januari.

Advertisement

“Ini juga termasuk aktiviti pengimarahan masjid dan surau, aktiviti di tanah perkuburan Islam dan majlis akad nikah. Aktiviti pengimarahan masjid dan surau yang dibenarkan ialah solat jenazah dengan had maksimum 12 orang.

Tambah baginda tazkir dan tarhim dibenarkan oleh pegawai masjid dan surau sahaja dan solat hajat mengiringi solat fardu lima waktu dan solat fardu Jumaat.

Manakala bagi bacaan Surah Al-Mulk selepas solat fardu Isyak, bacaan surah AlKahfi selepas solat fardu Subuh pada Jumaat dan bacaan surah Yasin dan tahlil perlu dilaksanakan di rumah masing-masing.

Advertisement

“Lain-lain aktiviti pengimarahan masjid dan surau yang memiliki jumlah masa yang panjang seperti kuliah, ceramah, program membudayakan al-Quran dan sebagainya adalah tidak dibenarkan,” titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah, bagi aktiviti di tanah perkuburan, urusan pengebumian jenazah dihadkan jumlah petugas dan waris kepada 20 orang, manakala aktiviti ziarah tanah perkuburan tidak dibenarkan.

Majlis akad nikah yang dibenarkan hanya di Pejabat Kadi Daerah dan terhad kepada pasangan pengantin dan wali dari daerah yang sama selepas memperoleh kebenaran berkahwin sebelum dari tarikh PKP.

Advertisement

Pasangan pengantin yang memperolehi kebenaran berkahwin sebelum PKP tetapi berada di luar daerah atau negeri dari tempat majlis akad nikah iaitu Pejabat Kadi Daerah, majlis ia hendaklah ditangguhkan dan akan dijadualkan semula tarikh pernikahan oleh Pejabat Kadi Daerah.

Manakala urusan nikah cerai dan rujuk yang dibenarkan seperti pendaftaran cerai dan rujuk, permohonan kad perakuan nikah dan pengambilan dokumen nikah, cerai perlu dirujuk di Pejabat Kadi Daerah.

Titah Sultan Ibrahim, bagi permohonan baharu kebenaran nikah, permohonan pengesahan pendaftaran perkahwinan dan poligami ditangguhkan dalam tempoh PKP.

Advertisement

Baginda turut menyeru kepada Bangsa Johor dan umat Islam di negeri ini, untuk bermuafakat, bersatu hati dan berdoa kepada Allah SWT agar sentiasa dalam peliharaan dan diberikan perlindungan daripada bala bencana, wabak dan malapetaka khususnya pandemik COVID-19.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top