BM | EN | 中文

Sokongan kepada PN di Pagoh kurang 20 peratus, dakwa pengerusi Umno Johor

umno-johor-hasni-mohammad.jpg

Gambar Ehsan FB Hasni Mohammad

Advertisement

KUALA LUMPUR, 28 MAC: Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) di parlimen Pagoh kurang daripada 20 peratus.

Malaysiakini melaporkan Hasni pada perbahasan ucapan dasar presiden Umno hari ini mendakwa, tinjauan di Pagoh mendapati sokongan terhadap PN hanyalah sebanyak 19.8 peratus.

Pengerusi Umno Johor itu turut dilaporkan berkata, sokongan kepada BN adalah 24.4 peratus manakala Muafakat Nasional (MN) 37.1 peratus.

Advertisement

“Begitu juga dengan tinjauan terhadap pengundi Melayu di seluruh negeri yang menunjukkan hanya 26 peratus menyokong PN,” dakwanya lagi.

Ketua Penerangan Umno Johor , Dr Adham Baba pada Januari lalu berkata, pihaknya bersedia memberi laluan kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mempertahankan kerusi Pagoh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Namun keputusan itu dibantah ahli akar umbi Umno Pagoh.

Advertisement

Ketua Umno Pagoh, Ismail Mohamed dilaporkan berkata, ahli bahagian itu sebulat suara meluluskan resolusi dalam mesyuarat tahunan mereka membantah keputusan pucuk pimpinan Umno Johor.

Pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 pada 2018, Muhyiddin dengan sokongan Pakatan Harapan (PH) mengekalkan kemenangan di Pagoh dengan majoriti 6,927 undi dalam pertembungan tiga penjuru melawan calon Umno dan PAS.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top