BM | EN | 中文

Sokong undi percaya kepada MB Johor dalam sidang Dun

Dzulkefly-Ahmad.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 4 OGOS : Adun Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad menyokong agar ada usul undi percaya kepada Menteri Besar (MB) Johor, Dato Hasni Mohamed ketika sidang Dun bersidang mulai 12 Ogos nanti.

Beliau memberi respon susulan kenyataan bekas MB Johor, Dato Osman Sapian dari parti Bersatu hari ini bahawa kerajaan Johor akan tumbang selepas penarikan sokongan dari Umno di peringkat pusat.

Dzulkefly berkata, apa yang dikatakan Osman itu perlu dizahirkan pada sidang Dun akan datang.

Advertisement

“Bawalah suara beliau ke dalam sidang Dun. Waktu itu kita tengok apa akan jadi.

“Memang sudah berulang kali Adun-Adun dari Bersatu memberi amaran namun tidak ada apa yang berlaku.

“Kalau betul mahu menunjukkan penarikan sokongan perlulah mengikut saluran yang betul yaitu di dalam sidang Dun nanti,” jelasnya ketika dihubungi.

Advertisement

Beliau yang merupakan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, menyatakan bahawa fokus utama pada masa ini adalah memenuhi keperluan rakyat.

Tambahnya, ketidak stabilan yang berlaku dalam pentadbiran negeri ini telah menimbulkan pelbagai masalah.

“Selesaikan dulu kemelut yang melanda negeri ini dari segi ekonomi, rakyat yang berada di luar negara seperti Singapura dan pelbagai lagi masalah.

Advertisement

“Kita bersetuju sekiranya akan ada usul undi percaya untuk membuktikan majoriti yang dimiliki oleh MB tetapi ia bukan bermula dari kami.

“Kalau benar Bersatu nak menarik sokongan, Adun-Adun mereka boleh membawa suara itu kelak. Kami hanya memberikan fokus kepada rakyat,” jelasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top