BM | EN | 中文

“Sokong PN dan Muhyiddin, ahli parlimen Tebrau khianati mandat pengundi”

pkr.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 FEB: Ahli parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon mengkhianati mandat pengundi parlimen itu apabila menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan keluar dari parti PKR, kata Ketua Wanita PKR Johor, Napsiah Khamis.

Katanya, tindakan Steven itu tidak bertanggungjawab kepada amanah rakyat dan undi yang selama ini memilih parti itu untuk meneraju parlimen Tebrau.

“Bertanding dan menang menggunakan logo dan lambang KEADILAN dan rakyat juga memilih beliau disebabkan oleh lambang KEADILAN.

Advertisement

“Pengkhianatan kepada undi rakyat ini adalah satu perkara yang paling hina.

“Pengkhianatan menjadi satu di antara perbuatan tercela. Pengkhianatan menodai nilai-nilai kesetiaan. Pengkhianatan juga menyebabkan kerosakan dan kerugian baik dari segi mental mahupun fizikal.

“Saya menyeru semua pengundi supaya pada pilihanraya akan datang kita pastikan pemimpin dusta seperti ini ditewaskan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Sementara itu, Ketua AMK Johor , R Yuneswaran yang juga ketua AMK Tebrau melahirkan rasa kesal, kecewa dan mengecam tindakan ini.

Katanya, ketika rakyat sedang menghadapi krisis penularan wabak Covid19 dan kemelut ekonomi yang parah, rakyat memerlukan pemimpin yang peka dan cakna terhadap masalah rakyat.

“Tindakan YB Steven Chong ini amat mengecewakan dan semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.

Advertisement

Tambahan pula dengan krisis kepercayaan rakyat terhadap kerajaan Perikatan Nasional yang lemah dan gagal mengurus tadbir negara dengan baik,” kata Yuneswaran.

Tambahnya, Steven seharusnya sedar bahawa kemenangannya dengan jumlah undi 64,535 dalam PRU14 yang lalu adalah manifestasi kebangkitan rakyat di parlimen Tebrau yang mahukan perubahan dan memilih Pakatan Harapan sebagai wadah perubahan.

“Bukan memilih beliau atas kapasiti peribadi. Tindakan politik beliau yang memilih dan menyokong kerajaan pencuri mandat rakyat Perikatan Nasional adalah benar-benar mendukacitakan dan ia ibarat memijak-mijak harapan rakyat yang mahukan perubahan.

Advertisement

“Saya menyeru supaya rakyat bersabar dan tabah menghadapi kemelut politik ini.

“Selaku ahli PKR, kami akan sedaya upaya memberikan khidmat terbaik kepada rakyat dan akan terus membawa semangat rakyat yang mahukan perubahan,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top