BM | EN | 中文

Sokong Parlimen Digital di peringkat DUN – Ahli Parlimen Batu Pahat

datuk-rashid-hasnon-ahli-parlimen-batu-pahat-timbalan-speaker-parlimen.png
Advertisement

BATU PAHAT, 8 JUL: Ahli parlimen Batu Pahat, Datuk Rashid Hasnon menyokong inisiatif Parlimen Digital yang dianjurkan NGO anak muda bagi membincangkan isu-isu semasa di negara ini.

Beliau dipetik Malaysiakini sebagai berkata, melalui platform tersebut golongan muda di negara ini boleh berhujah dan berbahas dengan kemas dan tertib dalam suasana digital yang canggih.

“Saya menyokong penuh sekiranya Parlimen Digital ini diperluaskan pula di peringkat DUN dan program-program makro berkaitan boleh dilaksanakan.

Advertisement

“Sekali lagi, saya ingin mengucapkan syabas kepada pihak penganjur Parlimen Digital yang membuktikan bahawa Malaysia mampu melakukan apa saja dengan baik dan merubah landskap ke arah pendigitalan parlimen gaya baharu selari dengan perkembangan teknologi,” kata Rashid yang juga Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat.

Rashid yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang turut mencadangkan agar kerajaan mengambil serius tentang cadangan-cadangan dan usul-usul yang dikemukakan Parlimen Digital untuk dipertimbangkan sebagai dasar kerajaan.

“Saya juga berharap agar usaha murni ini terus diangkat sebagai medan yang lebih mantap dalam membawa lebih ramai suara anak muda di peringkat nasional,” katanya.

Advertisement

Parlimen Digital dianjurkan oleh tiga NGO anak muda, iaitu Undi18, Challenger Malaysia dan Liga Demokratik Malaysia bertujuan memperkasakan belia dan membuktikan bahawa prosiding parlimen dapat dijalankan secara dalam talian.

Inisiatif itu dipercayai digerakkan susulan persidangan satu hari yang kontroversi pada 18 Mei lalu.

Diadakan pada hujung minggu lalu menggunakan aplikasi Zoom dan disiarkan secara dalam talian, ia menyaksikan 222 peserta berusia antara 15 hingga 35 tahun membahaskan pakej perangsang ekonomi untuk belia dalam menghadapi Covid-19.

Advertisement

Mereka turut membincangkan penyelesaian untuk masyarakat terpinggir yang terkesan oleh wabak itu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top