BM | EN | 中文

Sokong Muhyiddin: MCA lupa PRK Tanjung Piai? – Najib

najib-wee-jeck-seng.jpg

Gambar Ehsan FB Wee Jeck Seng

Advertisement

PONTIAN, 8 OGOS: Bekas Perdana Menteri, Najib Razak membangkitkan persoalan kepada parti MCA agar mengingati bantuan kepada parti itu pada pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai pada akhir tahun 2019.

Dalam hantaran di laman facebook semalam, Najib mengongsikan klip video seorang wanita Melayu berhujan ketika berkempen untuk Wee Jeck Seng (MCA) calon BN semasa PRK Tanjung Piai.

Ia susulan sokongan parti MCA kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Advertisement

“Adakah kamu lupa pihak mana yang memberi sokongan paling padu pada kamu tanpa mengira ribut petir atau matahari terik?

“Adakah kamu sudah lupa siapakah pihak lawan masa itu?

“Kamu mungkin sudah lupa. Tapi kami di UMNO tak lupa,” kata Najib.

Advertisement

Presiden MCA Wee Ka Siong yang juga ahli parlimen Ayer Hitam dilihat hdir sidang media bersama anggota parlimen Umno yang mengumumkan akan terus menyokong Muhyiddin.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top