BM | EN | 中文

“SOKONG MCA CALON NAJIB, SAMA SEPERTI SOKONG JHO LOW”

husam-musa.jpg
Advertisement

PONTIAN, 4 NOV: Pengundi Tanjung Piai diseru menolak calon MCA kerana bersekongkol dengan kecurian wang negara melalui syarikat 1Malaysia Developmenr Board (1MDB), melalui skandal yang dikaitkan antara ahli perniagaan Low Taek Jho dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Datuk Paduka Husam Musa berkata, Najib yang terlibat dengan skandal tersebut ‘merestui’ calon BN dari parti MCA, Wee Jeck Seng.

“Dia datang dua hari sudah di (penamaan calon) Tanjung Piai. Kalau siapa sokong calon Najib yang bawa lari duit 1MDB, orang itu teruk sangatlah.

Advertisement

“Siapa yang beri kebenaran Jho Low rompak kekayaan negara kita? Jawabnya, Najib.

“Dah tahu duit kita habis Jho Low larikan, Najib sokong calon ini, bermakna kita nak Jho Low ambil duit negara kita.

“Padahal kita sekarang nak ambil duit dari Jho Low yang telah dilarikan,” kata Husam dalam ceramah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Penerok semalam.

Advertisement

Dalam pada itu, Husam turut mencabar Jho Low untuk pulang ke Malaysia membersihkan dirinya.

“Kenapa Jho Low tak balik Malaysia kalau dia tak salah?

“Baliklah. Awak ambil duit ini secara berniaga, nak takut apa? soal Husam.

Advertisement

Tambah Husam, sekarang tugas utama Pakatan Harapan untuk membertulkan negara, dan berusaha mengambil semula wang yang

Jsuteru katanya, pengundi di Tanjung Piai perlu menyataan pendirian menyokong usaha tersebut dengan menyokong dan mengundi Pakatan Harapan pada hari pengundian 16 November nanti.

Terkini. ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low dilaporkan mendapatkan pasport daripada Cyprus, sebuah negara kepulauan di Mediterranean, ketika pihak berkuasa hampir dapat mengesannya pada 2015.

Advertisement

Menurut akhbar Cyprus Politis, Low mendapatkan khidmat broker pasport dan kewarganegaraan, Henley & Partners, untuk tujuan itu.

Laporan itu turut dipetik laman Sarawak Report, yang merupakan pihak awal mendedahkan skandal 1MDB.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top