BM | EN | 中文

‘Sokong kerajaan untuk lulus parti MUDA’ berbaur ugutan – Pemuda Amanah Johor

Syed-Saddiq-Hamzah-Zainuddin-ROS-MUDA.jpg
Advertisement

PONTIAN, 28 JAN: Dakwaan ahli parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam afidavitnya di mahkamah yang mendakwa Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin meletak syarat sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi kelulusan parti MUDA adalah memalukan.

Malah, kata Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Muhammad Taqiuddin Cheman, tindakan Hamzah itu berbaur ugutan dan ia seolah berlaku tanpa sebarang kekangan dari pihak Muhyiddin.

Muhammad Taqiuddin Cheman

Taqiuddin berkata, tindakan Hamzah itu sangat tidak beretika dan menghina golongan anak muda di negara ini.

Advertisement

“Itu bukan suatu pujukan, tetapi suatu ugutan. Beliau (Hamzah) mahu Syed Saddiq menyokong Muhyiddin sekiranya mahu parti MUDA diluluskan.

“Ini tidak masuk akal dan terlalu murah. Persoalannya adakah ROS mengikut telunjuk seseorang dalam meluluskan sesuatu perkara?

“Perkara ini perlu dilihat dengan lebih serius lagi dan sekiranya dakwaan Saddiq itu benar maka kerajaan yang ada hari ini boleh dikatakan sebagai kerajaan kuku besi,” jelasnya ketika dihubungi.

Advertisement

Beliau yang merupakan Adun Pulai Sebatang turut memberi pandangan bahawa masa depan negara pastinya gelap di bawah pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Tambahnya lagi, usaha mempertingkatkan integriti di negara ini akan terhapus dengan sikap ditonjolkan kepimpinan kerajaan yang ada hari ini.

“Jika begini sikapnya, saya melihat masa depan negara semakin gelap. Semua pihak perlu memberikan sokongan terlebih dahulu kepada pihak tertentu sebelum mahu melakukan sesuatu, termasuk mendaftarkan pertubuhan.

Advertisement

“Saya mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjawab dakwaan Syed Saddiq sekiranya beliau benar-benar seorang yang berani.

“Semua lapisan masyarakat akan berhadapan situasi yang sukar selepas apa yang berlaku. Ini jelas menunjukkan kerajaan PN tidak langsung mengamalkan kebebasan bersuara di kalangan rakyat,” jelasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top