BM | EN | 中文

SOCCEROOS HAMPAKAN HARIMAU MUDA

ECAnqvTU8AAdNk7.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU: Gol pada minit ke-79 perlawanan oleh penyerang skuad muda Australia Lachlan Ricky Brook sudah cukup untuk membantu pasukan tersebut menumpaskan pasukan Malaysia dalam perlawanan akhir Kejohanan AFF B-19 2019.

Walaupun tumpas di tangan Malaysia pada saingan Kumpulan B sebelum ini, Australia mempamerkan aksi sebenar mereka pada perlawanan akhir dengan penguasaan bola lebih tinggi dan tidak memberikan ruang untuk skuad muda negara mengasak kubu mereka.

Itu bagaimanapun tidak mencukupi untuk menembusi benteng pertahanan negara yang berdisiplin dalam mempertahankan pintu gol.

Advertisement

Malaysia juga hampir mencipta jaringan menerusi Muhammad Firdaus Kaironnisam, namun percubaannya dari sudut kotak penalti sekadar menggegar palang gol Australia, walaupun penjaga golnya, Kai Calderbank-Park, telahpun tertewas.

Pengendali skuad B-18 negara, Brad Maloney juga terpaksa menggantikan penjaga gol utama Sikh Izhan Nazrel pada minit ke-75 kerana mengalami kecederaan dan tidak dapat meneruskan permainan.

Izhan digantikan dengan Firdaus Irman Fadhil yang terpaksa berdepan dengan Ricky Brook dalam situasi satu lawan satu selepas pemain Adelaide United itu berjaya meloloskan diri sebelum menewaskan Firdaus.

Advertisement

Kemenangan Australia malam semalam juga merupakan kali ke-5 skuad muda Asutralia tersebut merangkul Kejuaraan AFF B-18.

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top