BM | EN | 中文

SNEIJDER UMUM PERSARAAN

sneijder-wesley-niederlande-1501694072-11374.jpg
Advertisement

PEMAIN lagenda Belanda, Wesley Sneijder mengumumkan persaraan dari arena bola sepak selepas 17 tahun beraksi di pentas tertinggi dunia.

Sneijder, 35 tahun, mewakili Belanda sebanyak 134 kali sepanjang kariernya itu yang menyaksikan pemain tengah itu berjaya meraih pingat naib juara Piala Dunia di peringkat antarabangsa, selain meraih gelaran Liga Juara-Juara, La Liga dan Serie A.

Beliau mengumumkan persaraannya itu ketika bercakap kepada saluran YouTube kelab halamannya, FC Utrecht.

Advertisement

“Hubungan saya dengan bandar ini sangat bermakna. Sekarang saya sudah bersara jadi saya mahu tempat yang sesuai untuk saya kongsi memori manis,” katanya, seperti dilaporkan AFP.

Sepanjang kariernya itu, Sneijder pernah menyarung jersi Real Madrid, Inter Milan, dan Galatasaray selepas memulakan karier di akademi Ajax pada 2002.

Beliau menamatkan karier bersama Al-Gharafa, sebuah kelab dari Qatar.

Advertisement

Antara pencapaian gemilang Sneijder ialah membantu Belanda mara ke final Piala Dunia 2010 sebelum pasukan Oranje itu ditewaskan Sepanyol. Beliau juga salah seorang pemain Belanda yang beraksi di separuh akhir Piala Dunia 2014 yang tumpas di tangan Argentina.

Dia sebelum ini mengumumkan persaraan dari arena bola sepak antarabangsa, tahun lalu.

 

Advertisement

Sumber: Harian Metro

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top