BM | EN | 中文

SMK Pasir Gudang 2 amal konsep ELW tingkat kualiti pembelajaran

PASIR GUDANG, 31 JAN: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang 2 merupakan Sekolah Amanah pertama di negeri ini yang mengamalkan konsep Elektronik Learning Walk (ELW).

Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional (TVET) sekolah berkenaan, Muslimah Jirin memberitahu, konsep tersebut telah dimulakan sejak setahun yang lalu.

“Penggunaan telefon pintar dan aplikasi ‘Google Form’ diguna untuk mendapatkan analisis segera setelah selesai proses pemantauan ke atas kelas dijalankan.

“Penggunaan konsep ini digalakkan bagi meningkatkan kualiti persekitaran kelas yang cantik, bersih dan selamat,” katanya.

Tambah Muslimah, penggunaan konsep ELW dibuat sebanyak empat kali dalam tempoh setahun sesi pembelajaran di sekolah.

“Penglibatan ibu bapa dalam menjalani ELW ini berkesan bagi tujuan penambahbaikan prasarana fizikal dalam kelas supaya anak-anak dapat belajar dengan selesa.

“Sebagaimana yang kita tahu bahawa sekolah merupakan rumah kedua kepada anak-anak, pastinya perlu keselesaan untuk menarik minat anak-anak terus ke sekolah,” tambahnya.

Sementara itu, pengetua sekolah berkenaan, Mahidah Kosnan berkata, usaha berterusan ini selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan dalam meningkatkan kualiti pendidikan negara.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top