BM | EN | 中文

‘Smart Selangor Delivery Unit’ perkenal tiga inisiatif percepat pembangunan digital

Smart-Selangor-SSDU.jpg

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bergambar selepas pelancaran Inisiatif Infrastruktur Digital Pintar Smart Selangor di Dewan Serbaguna Wisma Ehsan, Shah Alam pada 16 April 2021 (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 16 APR: Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) memperkenal tiga inisiatif Infrastruktur Digital Smart Selangor (SDI) bagi mempercepat transformasi digital dalam sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Pengarah Urusannya, Dr Fahmi Ngah berkata, komponen baharu meliputi Selangor Gigabit Network (SeGNet), Smart Selangor Hybrid Data Centre (SSDC) dan Local Cloud Computing yang dibangunkan selaras mencapai gagasan negeri pintar menjelang 2025.

“Infrastruktur ini sedia menawarkan teknologi terbaik yang dapat memberi kuasa kepada perkhidmatan digital, aplikasi dan sistem diperlukan untuk mengoperasikan negeri pintar.

Advertisement

“Paling penting dalam menjayakan negeri pintar adalah mengembangkan ‘lapisan digital’ dan memastikan ia beroperasi dengan baik seperti bagaimana tubuh manusia berfungsi,” kata Dr Fahmi Ngah.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran inisiatif berkenaan yang disempurnakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Dewan Serbaguna Wisma Ehsan di sini hari ini.

Badan induk pelaksana program Smart Selangor itu bekerjasama dengan Telekom Malaysia Bhd dan penyedia teknologi penstoran awan global Amazon Web Services (AWS) untuk inisiatif tersebut.

Advertisement

Terdahulu Dr Fahmi dilaporkan SelangorKini sebagai berkata, Selangor diiktiraf negeri pertama di Malaysia menawarkan sambungan internet berkelajuan tinggi 3 Gigabit sesaat (Gbps) untuk sektor awam menerusi SeGNet.

Jelasnya, jaringan SeGNet 3Gbps kini digunakan di Majlis Bandaraya Subang Jaya, Majlis Daerah Kuala Selangor, Majlis Daerah Hulu Selangor, Pusat Operasi Smart Selangor C5i, SSDC dan Centre of Excellence di Wisma Ehsan.

“Saya menggalakkan entiti lain dalam kerajaan Selangor di semua peringkat untuk mengadaptasi penggunaan infrastruktur digital kerana ia menjamin hubungan lebih pantas.

Advertisement

“Malah, ia membolehkan perkongsian data yang selamat dan dipercayai dengan pelbagai pihak,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top