BM | EN | 中文

SMAKJ di Kluang diarah tutup sehingga Sabtu – Aminolhuda

aminolhuda-13.jpg

Aminolhuda Hassan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 JAN: Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor (SMAKJ) di Kluang yang terlibat dengan kes keracunan makanan melibatkan seramai 120 pelajarnya telah diarah tutup sehingga Sabtu ini.

Exco Kesihatan, Pendidikan dan Sumber Manusia negeri, Aminolhuda Hassan berkata, satu kajian terhadap pengurusan kantin sekolah itu sedang dijalankan.

“Kajian dibuat itu turut melibatkan kebersihan persekitaran serta kebersihan pekerja kantin.

Advertisement

“Sekolah itu telah diarah tutup oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor sementara satu laporan berkaitan insiden itu sedang dijalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan dalam sidang akhbar yang diadakan selepas menghadiri program di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Pulai, di sini hari ini.

Semalam, 120 pelajar SMAKJ di Kluang dilaporkan mengalami keracunan makanan selepas dipercayai menikmati sarapan pagi di kantin sekolah berkenaan.

Advertisement

Kesemua pelajar terlibat bagaimanapun berada dalam keadaan stabil dan hanya dirawat sebagai pesakit luar di hospital Kluang.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top