BM | EN | 中文

Skuad Pantas LUAS pantau sungai di Selangor 24 jam sepanjang PKP

Skuad-pantas-LUAS.jpg

Petugas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memantau lembangan sungai selama 24 jam menjelang Aidilfitri bagi mengelak henti tugas loji rawatan air (Gambar Ehsan FB LUAS)

Advertisement

SHAH ALAM, 1 JUN: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) meneruskan operasi pemantauan selama 24 jam di lembangan sungai utama sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Agensi itu dalam kenyataan hari ini menyebut langkah terbabit bagi memastikan tiada insiden pencemaran dan henti tugas loji rawatan air (LRA) dalam tempoh tersebut.

“LUAS menggerakkan Skuad Pantas untuk melaksanakan operasi pemantauan 24 jam di lembangan-lembangan sungai utama negeri untuk memastikan insiden pencemaran dan henti tugas LRA tidak berlaku sepanjang tempoh PKP,” katanya, lapor SelangorKini.

Advertisement

LUAS berkata operasi ibu pejabatnya dan dua cawangan di Seksyen 15, Shah Alam dan Bangi ditutup berkuat kuasa hari ini sehingga 14 Jun.

Katanya, sebarang urusan atau pertanyaan boleh dibuat melalui aplikasi WhatsApp di talian 019-2647904 dan e-mel aduan@luas.gov.my.

Kerajaan melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi fasa pertama di seluruh negara bagi tempoh dua minggu mulai hari ini.

Advertisement

Keputusan mengambil kira situasi terkini penularan Covid-19 melebihi 8,000 kes sehari, kes aktif lebih 70,000 dan angka korban yang semakin meningkat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top