BM | EN | 中文

Skuad JDT terbang ke Dubai sebagai persiapan sepak mula musim 2020

2020-season-cup-01-scaled.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 31 DIS : Sebagai persiapan sepak mula musim 2020, skuad Johor Darul Takzim (JDT) akan terbang ke Dubai bagi menghadapi perlawanan pra-musim pada pertengahan Januari untuk memantapkan pasukan.

Menerusi status dimuatnaik di Facebook Johor Southern Tigers memaklumkan skuad berkenaan akan terbang ke negara itu pada pertengahan Januari.

“Kejayaan meraih sembilan kejuaraan dari pasukan senior hingga ke peringkat akar umbi pada musim 2019 sudah terpahat dalam satu lagi lembaran sejarah buat Kelab Bolasepak JDT.

Advertisement

“Sepak mula musim 2020 kini hanya tinggal lebih kurang dua bulan sahaja lagi. Sebagai persiapan, skuad JDT akan terbang ke Dubai bagi menghadapi perlawanan pra-musim pada pertengahan Januari untuk memantapkan pasukan,”katanya.

Kenyataan tersebut juga menyebut musim 2020 bakal menyaksikan skuad senior JDT kembali tampil beraksi di kejohanan Liga Juara-Juara AFC (ACL) dan mempertahankan kemenangan Piala Sumbangsih pada aksi pembukaan Liga Super Malaysia serta skuad junior yang pastinya akan lebih bersemangat tahun demi tahun.

JDT juga akan berpindah ke stadium baharu yang canggih dan dinanti-nantikan pada 2020.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top