BM | EN | 中文

SKUAD HARIMAU MUDA TENTANG AUSTRALIA DALAM FINAL AFF B-18 MALAM INI

68727765_2320168121413272_2397441858339864576_n.jpg

JOHOR BAHRU, 19 OGOS: Skuad Harimau Muda akan menentang Australia dalam misi mempertahankan Kejohanan Piala AFF B-18 pada jam 8.30 malam ini di Vietnam.

Skuad kendalian Brad Maloney tersebut layak ke final selepas menundukkan Indonesia 4-3 di separuh akhir manakala Australia pula menewaskan Myanmar 2-1.

Kedua-dua pasukan telahpun bertemu di peringkat kumpulan dalam saingan Kumpulan B dengan Malaysia mencatatkan kemenangan bergaya 3-0.

Kekalahan kepada Malaysia dalam kumpulan tersebut merupakan kekalahan tunggal skuad Australia dalam kejohanan AFF B-18 ini yang masuk edisi ke-16.

Walaupun tampil sebagai juara bertahan, Australia tetap dilabel sebagai pasukan pilihan dan Malaysia perlu bermain sehabis baik untuk sekali lagi menewaskan skuad Socceroos tersebut.

 

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top