BM | EN | 中文

Skuad Harimau Malaya sedia ‘mengaum’ berdepan Bahrain

harimau-malaya.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 28 MEI: Selepas kekalahan 4-1 kepada Kuwait pada Ahad lepas, pemain skuad Harimau Malaya mempamerkan kerja keras dan semangat yang tinggi dalam latihan untuk bangkit menentang Bahrain pada aksi persahabatan malam ini (12.30 tengah malam di Malaysia).

Pengendali pasukan Tan Cheng Hoe berharap kerja keras itu dapat diterjemahkan dengan baik di atas padang pada aksi menentang pasukan ke-98 dunia itu di Stadium Nasional Bahrain, Riffa.

‘Pastinya semangat semakin balk. Perlawanan malam ini sangat penting, saya harap kita dapat melihat momentum, keyakinan dan prestasi terbaik secara keseluruhan daripada semua pemain.

Advertisement

‘Keputusan positif akan menjadi pendorong semangat untuk pasukan menghadapi baki tiga perlawanan (dalam kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023),” katanya menerusi sidang media secara maya, hari ini.

Mengulas lanjut, jurulatih yang bakal menyambut ulang tahun ke-53 pada Ahad ini, berkata di samping menguji keserasian pemain utama, barisan jurulatih juga mahu menguji pemain yang baru menyertai pasukan dari segi corak permainan, pemahaman taktikal dan

Cheng Hoe turut menegaskan setiap pemain yang diturunkan harus beraksi dengan motivasi tinggi serta agresif dalam mencabar pasukan lawan, tetapi dalam masa sama bijak mengelak daripada mendapat kecederaan serius.

Advertisement

Berikutan pemain naturalisasi baharu negara Guilherme de Paula tidak dapat diturun pada aksi malam ini kerana belum cukup syarat lima tahun menetap di Malaysia, Cheng Hoe yakin dua penyerang berpengalaman, Norshahrul IdIan Talaha dan Muhammad Syafiq Ahmad berpotensi untuk mengerakkan jentera serangan negara.

Sementara itu, beliau enggan mengulas mengenai khabar angin bahawa pemain kacukan Belgium-Malaysia, Dion Cools yang pernah beraksi di Liga Juara-juara Eropah bersama kelab FC Midtylland, akan menyertai skuad Harimau Malaya dalam masa terdekat.

“Kami tak nak komen mengenai Dion Cools. Kami barisan jurulatih sentiasa fokus kepada 25 pemain yang ada dalam kem mengikuti latihan dan persiapan perlawanan,” katanya apabila ditanya mengenai pemain pertahanan kanan itu.

Advertisement

Mengulas mengenai pengumuman Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bahawa keputusan antara pasukan di tempat kedua dan kelima dalam kumpulan tidak akan dikira untuk menentukan naib juara kumpulan ke pusingan seterusnya, beliau menasihatkan pemain supaya terus fokus untuk perlawanan akan datang.

“Atas kertas memang jalan selamat adalah menang semua perlawanan, tetapi pasukan lain juga nak menang, so it is a fair chance dalam kumpulan kita. Saya rasa kita perlu bekerja keras untuk pastikan dapat keputusan yang positif, is bukan tekanan, tetapi cabaran perlu dilalui sebagai jurulatih dan pemain,” jelasnya.

Selepas aksi menentang Bahrain, skuad negara akan kembali ke Dubai untuk mengharungi baki tiga aksi Kumpulan G, kelayakan tersebut menentang tuan rumah Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 3 Jun, Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun).

Advertisement

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top