BM | EN | 中文

SKMM buka 48 kertas siasatan di seluruh negara

R-Vidyananthan.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 APRIL: Sebanyak 48 kertas siasatan telah dibuka Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di seluruh negara berkaitan kandungan bersifat palsu dan jelik di seluruh negara.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyananthan berkata, dua daripada kertas siasatan yang dibuka adalah di negeri ini.

Katanya, sehubungan itu seramai enam orang suspek telah didakwa di mahkamah.

Advertisement

“Setakat 6 April lalu, sebanyak 236 berita daripada pelbagai sumber telah dinafi dan dijelaskan menerusi portal sebenarnya.my, dimana 23 daripada kandungan berita itu melibatkan negeri ini.

“Sehubungan itu, saya juga menasihatkan orang awam agar tidak menyebar berita yang tidak sahih bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Vidyananthan turut memberitahu sehingga semalam, sebanyak 3,963 kes Covid-19 telah dilaporkan di seluruh negara dengan mencatatkan sebanyak 63 kematian.

Advertisement

“Sementara itu, kes Covid-19 yang telah dilaporkan pulih di negara ini adalah sebanyak 1,321 kes.

“Bagi negeri Johor pula, semalam menyaksikan pertambahan 10 kes menjadikan keseluruhan kes Covid-19 di negeri ini berjumlah 478 kes,” ujarnya.

Sementara itu, pematuhan perintah kawalan pergerakan (PKP) di negeri ini semalam menunjukkan sedikit penurunan iaitu sebanyak 97.02 peratus berbanding 97.09 peratus pada 6 April.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top