BM | EN | 中文

SKM Johor teroka potensi agro pelancongan

Suruhanjaya-Koperasi-Malaysia-SKM.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 JUL: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Johor bercadang untuk meneroka pasaran eko dan agro pelancongan berdasarkan potensi yang ada pada dua sektor berkenaan.

Timbalan Pengarah (Pembangunan) SKM Johor, Ibrahim Husain berkata SKM akan menjalinkan kerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi meneroka pasaran tersebut.

SKM Johor melihat banyak kawasan yang berpotensi untuk diteroka dan diketengahkan di negeri ini dan telah mengenal pasti kawasan yang akan dibangunkan bagi tujuan itu, ia bertempat di Jalan Datin Halimah, di sini.

Advertisement

“Baru-baru ini kami berbincang dengan FAMA dan memeterai memorandum persefahaman (MoU) berkaitan perkara tersebut di mana kita akan mempromosikan program agro pelancongan, ‘smart farming’ dan eko.

“Ia bakal dibangunkan oleh koperasi sendiri di kawasan tanah FAMA. Setakat ini, ia masih di peringkat perancangan tetapi gerak kerja telah dijalankan dan telah pun mendapat kebenaran dari FAMA untuk menggunakan tanah tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Mentoring dan Coaching Pelancongan Koperasi, di sini, hari ini.

Dalam pada itu Ibrahim turut menggalakkan koperasi pelancongan di Johor untuk mengambil peluang meneroka bidang eko dan agro pelancongan bagi merancakkan lagi industri pelancongan.

Advertisement

SKM Johor juga akan memperluaskan perkhidmatan inap desa dan produk pelancongan di kawasan penempatan Orang Asli dekat Mersing.

“Kita akan cuba kembangkan di kawasan Kampung Peta dan Tanah Abang, ia akan melibatkan dua koperasi Orang Asli. Terdapat terdapat 20 koperasi pelancongan di bawah SKM Johor,” katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top