BM | EN | 中文

Skim vaksinasi Covid-19 swasta boleh percepat imunisasi kebangsaan – Adun Pekan Nanas

Yeo-Tung-Siong.jpg
Advertisement

PONTIAN, 28 MAC: Adun Pekan Nanas, Yeo Tung Siong menyeru kerajaan mempertimbangkan pembelian vaksin oleh instituisi kesihatan swasta dalam usaha mempercepat kadar vaksinasi.

Beliau berkata, kerajaan boleh mengenakan syarat keatas program vaksinasi oleh pihak swasta seperti mana dilakukan kerajaan sekarang.

Yeo berkata, pihaknya mendapat maklumat bahawa ada penduduk yang masih teragak-agak untuk berdaftar dan ingin menunggu sehingga kerajaan membenarkan perolehan vaksin oleh sektor swasta.

Advertisement

“Mereka tidak berdaftar buat masa ini. Jika boleh, mereka ini sanggup membayar untuk menerima suntikan vaksin yang dipilih sendiri kerana terdapat banyak jenis vaksin di pasaran.

“Terdapat juga yang berkata bahawa mereka berharap kerajaan boleh memberi kelulusan kepada pihak swasta membeli vaksin kerana perlu melakukan perjalanan perniagaan ke luar negara.

“Kalau mereka tidak dapat divaksin secepat mungkin, maka perniagaan mereka akan terjejas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Katanya, memamg wujud kebimbangan berlakunya senario ‘potong barisan’ jika kerajaan mengizinkan pembelian sendiri vaksin Covid-19 oleh sektor swasta.

Namun katanya, langkah itu akan mempercepat proses vaksinasi dengan signifikan selagi tidak menjejaskan atau mengganggu bekalan vaksin yang dibeli dan program imunisasi percuma yang dilaksanakan oleh kerajaan.

“Kerajaan tidak rugi apa-apa pun, dengan syarat vaksin yang diperoleh oleh sektor swasta itu diluluskan oleh kerajaan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) demi menjamin kesihatan rakyat,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata, program imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah berlangsung selama sebulan sejak 24 Februari, namun jumlah penerima vaksin hanya 550,000 orang sahaja.

Katanya, dengan kadar 550,000 orang divaksin setiap bulan atau 17,792 orang setiap hari, negara kita memerlukan empat tahun untuk memvaksin 27 juta 300 ribu orang atau 80 peratus daripada populasi Malaysia bagi mencapai imuniti kelompok.

“Perlu diingatkan bahawa pengiraan kadar vaksinasi tersebut belum mengambil kira 440,000 orang yang belum menerima dos kedua,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top