BM | EN | 中文

SKIM PERUMAHAN PRIHATIN JOHOR, RAKYAT TERUJA UNTUK MILIKI KEDIAMAN PERTAMA

IMG-20191129-WA0014.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 29 NOV: Pengenalan Skim Perumahan Prihatin Johor (SPPJ), satu inisiatif untuk membantu golongon terbawah (lower end) dari kumpulan B40 untuk memiliki rumah kediaman pertama, tenyata disambut baik oleh rakyat di negeri ini.

Kebanyakannya memuji langkah tersebut kerana rata-ratanya menyatakan tidak mampu untuk memiliki rumah kediaman sendiri, terutamanya apabila ada dikalangan mereka tidak mempunyai penyata pendapatan lengkap atau pekerjaan tetap.

Ahmad Nur Afiq

Seorang pekerja bebas Ahmad Nur Afiq Osman, 27, percaya bahawa skim ini akan membantu golongan yang sukar untuk memperolehi pinjaman daripada pihak bank.

Advertisement

“Saya sangat teruja kerana saya sendiri akan cuba memohon untuk skim ini memandangkan saya tergolong dibawah mereka yang layak untuk memohon.

“Perkara seperti ini ternyata dapat memberikan peluang tidak kira sama ada yang muda ataupun yang tua untuk memiliki rumah kediaman pertama mereka,” katanya.

Nor Haslina

Manakala seorang peniaga kuih Nor Haslina Ahmadan, 34, berkata berita perkenalan skim ini telah memberikan senyuman kepada dia dan keluarganya.

Advertisement

“Sejak dari dulu lagi saya memang berimpian untuk memiliki rumah sendiri dan saya pasti perkara ini akan menjadi satu berita gembira untuk saya, suami dan anak-anak,” katanya.

Seorang lagi peniaga Nur Raudhah Murad, 28, berharap agar skim ini dapat meringankan beban golongan yang tidak berkemampuan.

Nur Raudhah

“Saya mempunyai ramai rakan yang tidak mampu untuk membeli rumah sendiri kerana rata-rata menghadapi kesukaran untuk mendapat pinjaman daripada pihak bank selain harga rumah yang mahal,” katanya.

Advertisement

Skim ini menyasarkan golongan terbawah dari kumpulan B40, berpendapatan isi rumah RM2,500 dan kebawah akan ditawarkan Rumah Mampu Biaya Johor (RMBJ) Jenis A yang berharga RM42,000 melalui kaedah Sewa-Beli.

Pemohon tidak perlu membuat pinjaman perumahan daripada pihak bank, sebaliknya hanya perlu membayar ansuran bulanan kepada agensi yang akan dilantik oleh pihak kerajaan bagi mengendalikan skim ini sehingga harga rumah tersebut dijelaskan.

Peruntukan yang disediakan untuk skim ini adalah RM15 juta untuk tempoh dua tahun sepertimana dinyatakan dalam Belanjawan Johor 2020 dimana peruntukan tersebut boleh membeli 357 unit RMBJ Jenis A yang berharga RM42,000 seunit.

Advertisement

Antara syarat-syarat permohonan bagi skim ini adalah warganegara Malaysia, berumur 21 tahun ke atas dan menetap melebihi 10 tahun di Johor, merupakan hartanah pertama, tidak bankrap, bujang atau berkahwin serta wajib mengikuti program pendidikan kewangan yang dikendalikan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top