BM | EN | 中文

SKIM PERUMAHAN PRIHATIN BELIA JOHOR: APA KATA ANAK MUDA?

skim-rumah-transit.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 SEPT: Cadangan kerajaan Johor mewujudkan Skim Perumahan Prihatin Belia Johor (SPPBJ) menerima sambutan menggalakaan dari belia dalam negeri yang rata-ratanya menyambut baik cadangan itu.

Tinjauan Johorkini di sekitar Johor Bahru mendapati rata-rata belia melihat pemilikan rumah sebagai perkara penting dalam kehidupan mereka dan hasrat kerajaan Johor membantu belia dari segi perumahan, terutamanya untuk pasangan muda, amat dihargai.

Muaz

Muaz

Bagi Mohamad Muaz Jamaluddin, 35, langkah memperkenalkan skim perumahan khusus buat belia tepat pada masanya terutama ketika keadaaan ekonomi yang mencabar hari ini, terutama buat belia yang tinggal di kawasan bandar.

Advertisement

Namun begitu, Muaz turut berpendapat bahawa kerajaan negeri juga perlu memberikan tumpuan bagi pembinaan SPPBJ di kawasan luar bandar.

“Kerajaan perlu mengambil maklum balas dari kawasan luar bandar bagi mengelakkan berlakunya jurang peluang sekiranya kerajaan hanya memberi tumpuan kepada kawasan bandar.

“Kerajaan juga perlu membuat kajian lapangan serta mendapatkan maklumat berkenaan belia luar bandar untuk menampung permintaan SPPBJ ini,” kata Muaz kepada Johorkini.

Advertisement
Azam

Azam

Bagi Mohd Azam Mektar pula, langkah ini amat bersesuaian kerana permintaan tinggi dikalangan rakyat bagi Skim Rumah Mampu Biaya Johor (RMBJ) juga menyebabkan belia terpaksa bersaing dengan yang lain bagi memiliki rumah pertama mereka untuk memulakan kehidupan masing-masing.

Langkah memperkenalkan rumah transit dengan kadar sewa yang rendah – untuk didiami golongan belia – turut disambut baik oleh Azam, yang menyifatkan langkah tersebut dapat membantu golongan belia mengumpul pendapatan secukupnya sebelum membeli rumah pertama mereka.
“Kini tiba masanya kerajaan memberi fokus tentang pembangunan belia yang bakal menerajui tampuk negeri dan negara,” kata Azam, 39, yang juga merupakan Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).

Seorang lagi responden Mohammad Najib Daud, 32, berkata beliau mahu kerajaan negeri serius melaksanakan SPPBJ ini.

Advertisement

“Sebelum ini kerajaan negeri di bawah BN banyak mengadakan program untuk belia, (namun) semuanya hanya sekadar buah mulut pemimpin sahaja tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.

“Sebagai sebuah kerajaan baharu, saya mahu melihat ada kelainan. Perkara itu harus dilakukan dengan cekap, telus dan pastikan matlamatnya (membantu pemilikan dikalangan anak muda) tercapai.

“Sebagai anak muda, saya yakin perkara ini baik. Sekiranya program ini dapat ditunaikan, maka kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan yang bukan berjanji semata-mata,” tegasnya.

Advertisement

2 September lalu, Exco Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri Dzulkefly Ahmad berkata, kerajaan Johor bercadang mewujudkan Skim Perumahan Prihatin Belia Johor bagi membantu golongan tersebut memiliki rumah pertama mereka.

Najib

Najib

Ini termasuk menyediakan rumah transit dengan kadar sewa rendah – dalam masa sama menawarkan unit RMBJ kepada mereka yang berkelayakan.

 

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top