BM | EN | 中文

SKIM PEMBERIAN AIR PERCUMA : KERAJAAN PH MENJUARAI

air-2.jpg

JOHOR BAHRU, 29 OKT : Meskipun Skim Pemberian Air Percuma di negeri ini telah dilaksanakan sejak zaman Barisan Nasional (BN) namun kerajaan Pakatan Harapan (PH) dilihat lebih mejuarai dalam hal tersebut.

Adun Pekan Nanas, Yeo Tung Siong berkata, ini kerana pada zaman BN mereka gagal mencapai sasaran pengagihan kepada 5,000 keluarga.

Katanya, sebaliknya selepas PH mengambil alih kerajaan bantuan berkenaan meningkat dari 3,000 kepada 161, 215 penerima termasuklah 7,684 penerima dari Pontian pada September 2018.

“Dalam bajet 2019 kerajaan PH telah perluaskan skim tersebut kepada 229,307 penerima dengan anggaran kos RM22 juta.

“Jika dahulu penerima di zaman BN terdiri dari mereka yang tersenarai dalam E-Kasih, namun di bawah kerajaan PH ia diluaskan kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) sekali.

“Sebab itu saya boleh katakan pentadbiran kerajaan sekarang berkali kali ganda lebih baik dari kerajaan BN dahulu,” katanya kepada JohorKini.

Tung Siong berkata, pihaknya amat mengalu-alukan masyarakat dalam Dun tersebut yang mengalami masalah mendapatkan manfaat dari skim tersebut boleh merujuk ke pejabatnya.

Menurutnya, beliau ada menerima aduan di mana mereka yang layak tidak dapat menerima skim itu kerana masalah nama akaun dan nama BSH tidak sama.

“Ada aduan kita terima lebih 20 aduan dan kita bantu selesaikan melalui proses akaun sumpah dan sebagainya bila mereka rujuk di Pejabat Adun Pekan Nanas. Mereka yang berdepan masalah sama juga boleh rujuk kepada SAJ Ranhill,”katanya lagi.

Beliau juga memaklumkan rata-rata penerima memberikan respon yang amat positif kerana membantu meringankan beban melalui rebat diberikan.

Jelasnya, meskipun begitu beliau turut menasihati kepada para penerima agar sentiasa berjimat cermat dalam penggunaan air untuk kegunaan harian mereka.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top