BM | EN | 中文

Skim Niaga Darul Ehsan bantu 1,245 usahawan babit pembiayaan RM5.08 juta

Skim-Niaga-Darul-Ehsan-NADI.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 11 NOV: Seramai 1,245 usahawan wanita di Selangor mendapat manfaat melalui program Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI) sehingga semalam.

Angka yang direkod sejak 2 Februari membabitkan pembiayaan bernilai RM5.08 juta dengan setiap daripada mereka menerima antara RM1,000 hingga RM5,000, kata pengurus promosi Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah), Mohd Ridhwan Asmara.

“Sejak dilancarkan, sambutan terhadap skim ini amat menggalakkan kerana kita percaya ramai yang ingin bangkit semula dalam perniagaan selepas terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

Advertisement

“Pembiayaan ini membolehkan mereka mencipta pendapatan baharu untuk keluarga di samping menambah kewangan isi rumah,” kata Mohd Ridhwan, lapor SelangorKini.

Mengulas lanjut, beliau berkata tiada permohonan ditolak berikutan syarat ditetapkan mudah tanpa perlu mengemukakan lesen Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan modal pusingan perniagaan.

Katanya, usahawan hanya perlu bersetuju menubuhkan kumpulan, namun tidak terikat antara satu sama lain dan aktiviti perniagaan tidak bertentangan dengan undang-undang.

Advertisement

“Mereka juga tidak perlu menghadiri mesyuarat mingguan seperti sebahagian program mikrokredit di luar sana. Bayaran balik pula secara pemindahan akaun bank serta tunai yang dikutip pegawai pembiayaan,” katanya lagi.

Hijrah memperuntuk sebanyak RM10 juta bagi melaksanakan skim NaDI bertujuan membantu penduduk Selangor yang terjejas pendapatan akibat Covid-19.

Terbuka kepada wanita dan semua kaum, individu berminat boleh memohon melalui laman sesawang www.hijrahselangor.com atau hubungi pegawai pembiayaan di 20 cawangan Hijrah Selangor.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top