BM | EN | 中文

Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) diperluas

kulasegarn.jpg

Kulasegarn ketika sidang media

Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 JAN: Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (AKSPS) 2017 melbatkan 19 sektor tidak formal mendapat perhatian terutamanya di kalangan mereka yang bekerja sendiri.

Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran berkata, walaupun peratusan pencarum SKSPS kecil berbanding 2.8 juta Orang Bekerja Sendiri (OBS) yang layak, trend pendaftaran dan caruman kian meningkat.

Katanya, AKSPS lahir daripada hasrat kerajaan dan Kementerian Sumber Manusia untuk memberi perlindungan keselamatan sosial kepada segenap lapisan pekerja.

Advertisement

“SKSPS diwujudkan bertujuan memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan pada sidang media selepas program sambutan Tahun Baru Cina bersama anak yatim, ibu tunggal dan penerima faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) peringkat kebangsaan di Double Tree, Hotel Hilton, di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, sewaktu SKSPS diperkenalkan pada Jun 2017, ia dikuatkuasakan keatas sektor pengangkutan penumpang, iaitu teksi, bas dan e-hailing, dan kni SKSPS meliputi OBS di kesemua 20 sektor tidak formal.

Advertisement

“Bilangan OBS yang mendaftar dan mencarum termasuk sektor pengangkutan penumpang pada 18 Januari 2020 adalah 45,923 orang setelah 18 hari peluasan SKSPS kepada 19 sektor baharu, berkuatkasa 1 Januari 2020.

“Hanya OBS daripada sektor perhutanan masih belum tampil mendaftar dan mencarum dengan PERKESO,” katanya lagi.

Sejak Jun 2017, sebanyak 2,382 libat urus diadakan di seluruh negara termasuk dengam persatuan-persatuan, agensi-agensi serta kementerian berkaitan untuk mempromosi dan menggalakkan OBS mencarum dengan SKSPS.

Advertisement

Jelasnya, program turun padang akan dipergiatkan lagi dari semasa ke semasa ke enam zon iaitu, utara, selatan, tengah, timur, Sabah dan Sarawak.

“Promosi juga digerakkan melalui media sosial, cetak, elektronik, radio dan digital sementara kempen kesedaran SKSPS turut disalurkan kepada orang ramai menerusi anggota-anggota di kesemua 54 pejabat PERKESO,” kata Ahli Parlimen Ipoh Barat itu lagi.

Dalam pada itu beliau memaklumkan, OBS juga boleh didaftar secara dalam talian melalui laman web https://matrix.perkeso.gov.my.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top