BM | EN | 中文

Skim harga maksimum musim perayaan sempena Krismas berkuatkuasa hari ini

dr-ramakrishnan-suppiah.jpg

Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dr. Ramakrishnan menunjukkan harga barangan kawalan dan contoh tanda harga warna merah jambu

JOHOR BAHRU, 22 DIS: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas (SHMMP) berkuatkuasa hari ini hingga 31 Disember 2019.

Menurut Exco Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dr Ramakrishnan Suppiah, SHMMP merupakan langkah menyekat harga kenaikan harga barangan keperluan menjelang perayaan Krismas pada 25 Disember 2019.

Menurut Ramakrishnan, skim ini mewajibkan para peniaga menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum yang ditentukan kerajaan.

“Peniaga juga wajib meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu bagi membezakan barangan harga terkawal dengan barangan lain”

“Walau bagaimanapun, peniaga digalakkan untuk menjual barangan tersebut lebih rendah daripada harga maksimum sekiranya harga diperoleh lebih rendah,” katanya di Majlis Pelancaran SHMMP 2019 di di Pusat Konsensyen Antarabangsa Austin, disini hari ini.

Dimaklumkan KPDNHEP akan bertindak keatas peniaga yang sengaja menaikkan harga tanpa alasan munasabah dengan niat membuat keuntungan tinggi berlebihan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Di bawah akta ini, kesalahan menjual barangan terkawal melebihi harga maksimum bagi peniaga individu ialah denda sehingga RM100,000 sehingga tidak melebihi tiga tahun atau dikompaun sehingga RM50,000.

“Syarikat pula akan didenda sehingga RM500,000 atau kompaun RM250,000 bagi kesalahan yang sama.

“Bagi kesalahan gagal meletak tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal, individu boleh didenda sehingga RM10,000 atau kompaun RM5,000,” katanya.

Bagi memastikan penguatkuasaan berkesan, lebih kurang 200 pegawai KPDNHEP akan berada di lokasi tumpuan bagi menjalankan pemeriksaan dan pemantauan.

Johorkini

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top