BM | EN | 中文

Skim Ceria Selangor peruntuk RM4.3 juta baikpulih 17 pangsapuri kos rendah

Rodziah-Ismail.jpg

Rodziah Ismail

Advertisement

SHAH ALAM, 20 NOV: Sebanyak RM4.3 juta dibelanjakan Kerajaan Selangor tahun ini bagi membaik pulih pangsapuri kos rendah dan sederhana melalui Skim Ceria.

Exco Perumahan, Rodziah Ismail berkata peruntukan bagi 17 perumahan itu termasuk rumah mangsa bencana ribut di Kalumpang, Hulu Selangor.

“Dana itu bagi membaik pulih bumbung, tangki air dan mengecat di enam kawasan iaitu Klang, Petaling Jaya, Kajang, Shah Alam, Ampang Jaya dan Hulu Selangor,” katanya, lapor SelangorKini.

Advertisement

Katanya, kawasan bagi kerja baik pulih merangkumi lima di Klang, masing-masing tiga di Kajang dan Shah Alam, masing-masing dua di Petaling Jaya, Ampang dan Hulu Selangor.

Pada November tahun lalu, Rodziah memaklumkan Kerajaan Negeri membelanjakan hampir RM32 juta untuk membaik pulih pangsapuri dalam tempoh tiga tahun.

Beliau berkata sebanyak 56 pangsapuri kos rendah dan sederhana menerima manfaat bawah Skim Ceria antara 2018 hingga 30 September 2020.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top