BM | EN | 中文

SKIM AIR PERCUMA RINGANKAN BEBAN

water.jpg
Advertisement

PONTIAN, 29 OKT : Skim Pemberian Air Percuma dilaksanakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) ternyata memberikan kegembiraan kepada penduduk terlibat.

Bagi peniaga nasi lemak, Miskinah Ahmad 65 berkata, meskipun nilainya tidak banyak namun ia sangat meringankan beban.

Miskiah

Dia yang tinggal di Kampung Parit Serong berkata, seramai enam orang tinggal dikediaman pusakanya di mana secara tidak langsung bantuan diberikan membantu menjimatkan kewangannya.

Advertisement

“Sebelum ini makcik tak dapat bantuan ini. Syukur alhamdulillah kali ini dapat. Bantuan ini benar-benar membantu, tambahan pula makcik ada anak ramai.

“Bila waktu Hari Raya anak-anak ramai balik dan gunakan air tapi lega bila dapat bantuan ini,”katanya ibu tunggal 12 orang anak itu.

Bagi surirumah, Maznah A Kadir, 73 dari Kampung Perpat Timbul berkata, dia menikmati pemberian skim tersebut.

Advertisement

Maznah

Katanya, sudah tentu dia amat gembira apabila terpilih sebagai penerima bantuan itu.

“Siapa yang tidak suka dibantu lagi-lagi warga emas seperti makcik ini. Tak dinafikan bantuan ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban.

“Terima kasih kepada kerajaan yang memberikan bantuan ini terutamanya kepada rakyat yang memerlukan,”katanya.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top