BM | EN | 中文

SK Ulu Pengeli alami kerosakan akibat hujan lebat, angin kuat

IMG-20200217-WA0021.jpg

Sekolah Kebangsaan Ulu Pengeli, Kluang mengalami kerosakan akibat hujan lebat dan angin kuat.

Advertisement

KLUANG, 18 FEB: Hujan lebat berserta angin kuat petang semalam telah mengakibatkan bumbung Sekolah Kebangsaan Ulu Pengeli, Kluang di sini mengalami kerosakan.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Kluang dalam satu kenyataan berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada jam 6.45 petang, kelmarin.

Keadaan kemudian berlarutan dalam tempoh kurang satu jam sehingga mengakibatkan beberapa blok bangunan sekolah mengalami kerosakan.

Advertisement

“Pihak Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Kluang menerima maklumat daripada penghulu berkaitan kejadian ribut itu pada jam 10.20 malam sebelum anggota dikerah ke lokasi untuk pemantauan.

“Hasil pemantauan mendapati bumbung bangunan astaka, bumbung bangunan pra sekolah, bumbung bangunan kelas dan pejabat mengalami kerosakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top