BM | EN | 中文

SK PEREMPUAN BANDAR KLUANG DIWARTA BANGUNAN WARISAN

IMG-20191207-WA0015.jpg
Advertisement

KLUANG, 7 DIS: Sekolah Kebangsaan Perempuan Bandar (SKPB) Kluang, Johor telah diiktiraf dan diwartakan sebagai bangunan warisan oleh Pejabat Daerah Kluang.

Antara struktur penting yang menjadi kebanggaan serta aset sejarah dan perlu dipelihara sebagai harta warisan sekolah dan warga Kluang adalah ‘Dewan Warisan’ di sekolah berkenaan.

Menurut seorang guru, Cikgu Suria, ‘Dewan Warisan’ di SKPB Kluang telah berusia 84 tahun, lapor Johor Info Channel.

Advertisement

Beliau yang telah berkhidmat selama 18 tahun di sekolah itu memberitahu, terdapat insiden apabila salah seorang guru di sekolah berkenaan terperosok kakinya ke lantai dewan disebabkan keadaannya yang terlalu uzur dan usang.

Justeru itu katanya, kerja-kerja baikpulih yang dirancang memerlukan peruntukan yang besar bagi mengekalkan struktur asal dewan yang bersejarah ini.

Tambahnya, ini adalah kali ketiga dewan warisan terlibat dengan kerja-kerja baikpulih.

Advertisement

“Kali yang pertama mendapat peruntukan terbesar, dengan anggaran RM187,000 bagi tujuan kerja baikpulih, dalam masa yang sama masih mengekalkan struktur asal dewan bersejarah ini,” kata Cikgu Suria.

Manakala seorang lagi guru, Saiful Nizam yang merupakan Pengerusi Kelab Warga SKPBK berkata, beliau bersama rakan-rakan dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebelum ini telah mengadakan ‘Program Malam Sumbangsih’.

Melalui program berkenaan katanya, pihak sekolah berjaya mengumpul sedikit dana selain berjaya menghebahkan maklumat bagi tujuan untuk menyalurkan bantuan kepada usaha membaiki dewan warisan sekolah ini.

Advertisement

“Saya mewakili pihak sekolah dan PIBG mengucapkan terima kasih kepada Wong Shu Qi, ahli parlimen Kluang dan rakan-rakan yang bekerjasama dengan beliau kerana dengan sedaya-upaya membantu kami untuk membaikpulih Dewan Warisan ini.

“Kami berharap pihak luar lebih mengenali SK Perempuan Bandar melalui Dewan Warisan yang (kerja ubahsuai) diusahakan YB Wong Shu Qi dengan jayanya,” katanya lagi.

SKPB Kluang, merupakan antara sekolah tertua di daerah Kluang. Ia telah dibuka semenjak tahun 1928 dan kini memiliki 48 kakitangan dengan 327 murid.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top