BM | EN | 中文

Situasi Covid-19 tidak memberangsangkan – Dr Adham

Situasi-Covid-19-tidak-memberangsangkan-Dr-Adham.jpg

Gambar Ehsan MSN.com

Advertisement

PUTRAJAYA, 12 APR: Unjuran untuk kes harian Covid-19 di Malaysia menurun kepada 500 kes pada Mei kelihatan tidak memberangsangkan ketika ini sebaliknya membimbangkan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata, ini berikutan kemerosotan kepatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang perlu diberi penekanan serta kerjasama bagi terus memastikan kepatuhannya.

Dalam sidang media perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bersama Menteri Penyelaras program itu Khairy Jamaluddin di sini hari ini, Dr Adham berkata, kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) negara ketika ini adalah 1.06.

Advertisement

Menurutnya, Kementerian Kesihatan (KKM) akan cuba memastikan segala langkah pencegahan dan kawalan dapat dilaksanakan dengan Sarawak, Pulau Pinang, Selangor dan Johor yang terbabit dalam kenaikan kes dilihat sebagai keutamaan.

Sebelum ini, katanya, KKM mengunjurkan kes harian Covid-19 boleh menurun sehingga 500 kes pada Mei mengikut Rt kurang 1.0.

Malaysia mencatatkan jumlah kes positif Covid-19 harian sebanyak 1,739 kes semalam.

Advertisement

Mengenai situasi Covid-19 di Sarawak, Dr Adham berkata, Rt di Sarawak ketika ini ialah 1.08 dan trend yang ditunjukkan membimbangkan.

Katanya, daripada 1,739 kes dicatatkan negara semalam, Sarawak melaporkan kes harian baharu sebanyak 443 kes.

Dr Adham berkata, berdasarkan pemantauan dan analisis yang dijalankan bagi 2021, didapati trend Covid-19 di Sarawak semakin meningkat bermula pada 9 Januari lalu.

Advertisement

Menurutnya, sebanyak 39 kluster Covid-19 dikesan di Sarawak sejak awal tahun ini membabitkan komuniti berkaitan perhimpunan, aktiviti sosial dan juga rentas daerah.

Dr Adham berkata, beliau dan beberapa pegawai kanan KKM akan ke Sarawak hari ini bagi membincangkan mengenai langkah segera yang perlu diambil, keperluan sumber bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19, serta tindakan pencegahan dan kawalan bersama kerajaan Sarawak.

Beliau berkata, keperluan sumber itu termasuklah sumber manusia, peralatan perubatan, peralatan perlindungan peribadi (PPE), logistik dan keperluan ujian makmal, katanya.

Advertisement

Katanya, mobilisasi dan peralatan serta kesiapsiagaan perlu diambil untuk menangani situasi tersebut di Sarawak termasuk penubuhan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di beberapa kawasan bandar.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top