BM | EN | 中文

Sitec Selangor teroka sektor jaminan makanan, bantu sistem digital petani

Majlis-Teknologi-Maklumat-dan-E-Dagang-Selangor-SITEC.png
Advertisement

SHAH ALAM, 7 OKT: Majlis Teknologi Maklumat dan E-Dagang Selangor (Sitec) akan membangunkan sektor jaminan makanan melalui Selangor Accelerator Program (SAP) bagi memastikan ekonomi golongan petani meningkat.

Ketua Eksekutif berkata program disertai agensi berkaitan antaranya Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan rantaian e-Bekalan Digital Selangor (Seldec) itu kini masih diperingkat awal penyusunan.

“Pelaksanaan ini juga bagi memastikan bekalan makanan terjamin. Kita akan sokong sektor baharu atau tradisional ini supaya petani kita mempunyai pengetahuan dalam bidang e-dagang.

Advertisement

“Kebanyakan petani tiada asas berkenaan pengurusan wang..sistem digital jadi kita latih dan ajar. Bagaimana buat jualan, penjagaan akaun serta pemasaran,” kata Yong Kai Ping, lapor Media Selangor.

Menurutnya, petani serta pihak yang akan terbabit akan didedahkan dengan pembangunan teknologi seperti cara penanaman betul dan kesesuaian nilai keasidan tanah (nilai pH) bagi mendapatkan hasil lumayan.

“Petani serta pihak terbabit sudah dikenal pasti malah amat menggalakkan penyertaan golongan itu.

Advertisement

“Melalui program ini kita akan pastikan mereka berjaya selain kita mahu rantaian makanan kita terjaga kerana kita tidak dapat jangka sektor ini,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top