BM | EN | 中文

SITEC Selangor lahir lebih 90 pakar khidmat digital, promosi produk usahawan

sitec-selangor.png
Advertisement

AMPANG, 20 SEPT: Majlis Teknologi Maklumat dan E-Dagang Selangor (Sitec) melahirkan lebih 90 pakar penyedia perkhidmatan dalam platform digital ekonomi sejak dua tahun lalu.

Exco Perindustrian dan Perdagangan negeri, Datuk Teng Chang Khim berkata kesemua menjalani latihan dan bimbingan selama empat bulan di bawah Program Pemecut Selangor (Selangor Accelerator Programme).

“Pakar penyedia perkhidmatan ini berperanan mempromosi dan mengiklankan produk usahawan di platform e-dagang seperti Lazada, Shopee, Lazada, BungkusIT serta Youbeli.

Advertisement

“Jika peniaga tidak tahu cara membuat iklan dengan baik walaupun menjual produk yang bagus, maka pakar ini sedia membantu,” katanya, lapor Media Selangor.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada program Jelajah Usahawan Digital Selangor 2020 di sini semalam.

Jelajah siri ketiga itu menghimpunkan 200 usahawan sekitar Ampang untuk mempelajari ilmu perniagaan digital daripada Shopee, Lazada, Boost e-dompet, Avana, Ninja Van, BungkusIT, Youbeli dan agensi Kerajaan Negeri antaranya Hijrah Selangor.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top