BM | EN | 中文

SITEC Selangor catat dagangan kasar RM200 juta sejak ditubuhkan

Sitec-Selangor.png
Advertisement

SHAH ALAM, 8 OKT: Majlis Teknologi Maklumat dan E-Dagang Selangor (Sitec) mencatatkan nilai dagangan kasar berjumlah RM200 juta sejak penubuhannya empat tahun lalu.

Ketua eksekutifnya berkata program Smart Selangor City Convention merekodkan pencapaian tertinggi sebanyak RM77 juta selepas hampir 100 pempamer dari dalam dan luar negara menyertai program tahunan itu.

“Top E-Commerce Merchant Award merekodkan RM56 juta sejak ia dilancarkan pada 2016. Tahun lalu sejumlah RM20 juta dicapai program ini.

Advertisement

“Sitec juga berjaya memperoleh RM41 juta melalui program Online 100 dan Apps 100 dengan RM15 juta dilaporkan tahun lalu. Program ini melatih 575 usahawan sejak Sitec ditubuhkan,” kata Yong Kai Ping, lapor Media Selangor

Beliau ketika ditemui di pejabatnya kelmarin berkata, RM26 juta diterima daripada Program Pemecut Selangor (Selangor Accelerator Programme) iaitu program yang memainkan peranan mempromosi dan mengiklankan produk usahawan di platform e-dagang.

“Program ini telah melahirkan lebih 90 pakar penyedia perkhidmatan dalam platform digital ekonomi sejak dua tahun lalu,” katanya.

Advertisement

Sejak ditubuhkan pada 2015, Sitec menganjurkan hampir 100 program bagi membantu usahawan menceburi perniagaan digital selain inisiatif mengubah bentuk perniagaan tradisional kepada usahawan dalam talian.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top