BM | EN | 中文

Sistem perparitan di Johor Bahru perlu dikaji semula

salahuddin-ayub-lawat-mangsa-banjir.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 JAN: Kerajaan perlu mengkaji semula sistem peparitan di seluruh kawasan di Johor terutamanya bandaraya Johor Bahru, kata ahli parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Katanya, ini kerana kekerapan bencana banjir yang melanda daerah itu serta terdapat kawasan baharu yang pertama kali dilanda antara sebab kajian sistem perparitan perlu dilakukan.

Jelasnya lagi, kajian tersebut penting bagi menjamin kesejahteraan penduduk di sekitar kawasan bandar Johor Bahru.

Advertisement

“Kerajaan perlu menyemak semula sistem peparitan ini bukan sahaja di bandar Johor Bahru malah meliputi semua kawasan di Johor.

“Selain kawasan yang sering dilanda, kerajaan perlu menyemak keadaan parit di sini. Banjir yang melanda menyebabkan kerugian kepada penduduk di kawasan sekitar dan terdapat kawasan yang berlaku buat kali pertama.

“Timbang semula projek pembangunan yang ada di sekitar kawasan ini dan kita mahu ini dipersegerakan,” jelasnya.

Advertisement

Terdahulu Salahuddin melawat Pusat Permindahan Sementara (PPS) di sekitar kawasan parlimen Pulai.

Dalam pada itu Adun Perling, Cheo Yee How yang juga ditemui ketika membuat lawatan ke Tampoi Indah, Johor Bahru meluahkan rasa kesalnya terhadap bencana yang terjadi.

Melalui pemerhatiannya banjir yang melanda kawasan Tampoi Indah itu adalah kali pertama dan ini menimbulkan persoalan berkenaan sistem peparitan di kawasan itu.

Advertisement

“Tidak ada kajian berkenaan dengan sistem peparitan yang berlaku di kawasan ini sebagai contoh projek pembangunan yang berlaku di sekitar kawasan bandar Johor Bahru.

“Ini bukan kali pertama kita suarakan kerana sebelum ini pun kita telah menyatakan pandangan tersebut malah ia termasuk dalam ucapan saya ketika dalam sidang Dun.

“Kerajaan perlu efisyen dalam menjayakan perkara ini. Saya mencadangkan untuk kerajaan menubuhkan ‘task force’ untuk mengkaji tahap keberkesanan sistem peparitan di sekitar kawasan yang sedang dibangunkan,” katanya ketika ditemui.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top