BM | EN | 中文

Sistem permohonan e-rumah Johor dikemaskini

Projek-Perumahan-Rakyat-PPR-Bandar-Uda-Utama.jpg

Gambar Hiasan (Gambar Ehsan FB Rumah dan Hartanah JDT di Iskandar Malaysia)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 JUN: Kerajaan Johor akan memperkemas dan menaik taraf sistem permohonan perumahan negeri erumah.johor.gov.my bagi memastikan hanya permohonan pembeli yang serius dan layak dapat ditimbang.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Ayub Jamil berkata ini kerana sistem sedia ada hanya boleh mengambil maklumat peribadi dengan butiran kewangan tanpa penyata sah.

“Bagaimanapun dengan sistem yang akan dinaik taraf ini, mereka yang hendak memohon akan dikehendaki mengemukakan dokumen berupa kad pengenalan, penyata gaji, penyata bank, penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau bukti lain yang boleh menyokong permohonan mereka,” katanya, lapor Bernama.

Advertisement

Pada masa sama, beliau berkata kerajaan negeri juga sedang menambah baik proses pembelian dan permohonan unit rumah yang ditawarkan melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (SUKJ) Bahagian Perumahan, antara lain bagi mempercepat urusan pembelian rumah.

“Kerajaan negeri sedar dalam proses perumahan bagi unit-unit Bumiputera ini, terdapat mereka yang benar-benar layak (dari segi kelayakan pinjaman bank) tetapi perlu menunggu kerana berada dalam senarai menunggu yang memakan masa,” katanya.

Ayub berkata bagi membantu pemohon yang masih belum berkelayanaiktaraf kan dari segi pinjaman kewangan pula, kerajaan negeri sedang mengusahakan inisiatif lain untuk memperluas pelaksanaan skim “Rent to Own” (RTO).

Advertisement

“Buat masa ini, Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri sedang berbincang dengan beberapa institusi bank berhubung gerak kerja pelaksanan skim ini,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top