BM | EN | 中文

SISTEM LAMBAT PUNCA KESESAKAN PUSAT PEMERIKSAAN TUAS

News-29-8-19-1.23pm.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 29 OGOS: Masalah kesesakan kenderaan keluar masuk di Pusat Pemeriksaan Tuas di Singapura disebabkan oleh sistem pelepasan imigresen yang mengalami masalah kelambatan, lapor Bernama.

“Kelewatan adalah dijangka,” menurut pihak berkuasa imigresen dan pusat pemeriksaan (ICA) republik.

“ICA kesal atas kesulitan yang dialami oleh pengunjung dan mengharapkan pengertian dan kesabaran mereka,” katanya lagi dalam satu hantaran di Facebooknya.

Advertisement

Pihak berkuasa Singapura itu juga menasihati para pengunjung supaya merujuk laman Facebooknya bagi mendapatkan maklumat terkini.

Sementara itu, Bernama turut melaporkan yang carian dalam laman web checkpoint.sg pada 10 pagi mendapati setiap mengunjung terpaksa menunggu antara 90 hingga 135 minit untuk memasuki Singapura menerusi Tuas.

 

Advertisement

Sumber: Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top