BM | EN | 中文

SISA DAPUR BOLEH DIMANFAAT JADI DUIT

dr-s-ramakrishnan-1.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 SEPT: Memanfaatkan sisa dapur, terutamanya makanan untuk dijadikan baja organik antara petua yang membuatkan tanaman tumbuh segar dan subur tanpa memerlukan kos yang tinggi.

Dalam masa yang sama, usaha bagi mengurangkan kawasan tapak pelupusan sampah dapat dilakukan melalui kaedah kitar semula sisa makanan untuk menjadikan baja kompos.

Atas kesedaran tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Johor, Dr S Ramakrishnan menganjurkan bengkel ‘Waste Into Money’ (Sisa Jadi Duit).

Advertisement

Ia bertujuan mendidik orang ramai memanfaatkan sisa dapur untuk dijadikan baja kompos yang bukan sahaja menggalakkan budaya kitar semula, malah berpeluang menambah pendapatan.

“Sertailah program ini, untuk mempelajari satu kemahiran baru agar boleh menjadi satu lagi cara bagi menjana pendapatan,” kenyataan Dr Ramakrishan dipetik.

Bengkel ‘Waste Into Money’ akan berlangsung pada hari Sabtu, 21 Sept bertempat di 02-09, Jalan Persiaran Bumi Hijau, Taman Molek, Johor Bahru.

Program yang bermula pada jam 2 petang itu akan berlangsung selama tiga jam, dan dihadkan hanya kepada 30 orang peserta.

Advertisement

Pihak yang berminat boleh menghantar maklumat peribadi dengan menghubungi urusetia di talian berikut 017-7271292 (Naviin)

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top