BM | EN | 中文

Sisa buangan terjadual di Sungai Tawakal dipercayai dibawa dari kawasan lain

hazmat-bomba-kulai-johor-seelong-pencemaran.jpg

Gambar Ehsan Majlis Perbandaran Kulai

Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 SEPT: Sisa buangan terjadual yang menyebabkan pencemaran di Sungai Tawakal di Kampung Baru Sri Aman, Kempas di sini Selasa lepas dipercayai dibawa masuk ke kawasan berkenaan dari lokasi berasingan.

Ketua Polls Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata perkara itu bagaimanapun sedang dalam siasatan pihaknya dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor.

Beliau berkata soal siasat sedang dilakukan terhadap sembilan lelaki yang direman termasuk seorang pemilik premis berhampiran sungai itu.

Advertisement

‘Kita masih lagi membantu dan bekerjasama dengan JAS dan mungkin akan ada operasi susulan. Kita percaya bahan kimia terbuang ini dari lokasi lain.

“Setakat ini hanya satu premis sahaja yang kita serbu hari itu. Sebab itu, kita perlu buat operasi susulan. Insya-Allah kita akan kenal pasti dengan JAS bagaimana bahan-bahan buangan ini dibawa untuk dibuang,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.

Dalam kejadian 10 malam Selasa lepas, empat wanita sesak nafas manakala 102 penduduk daripada 25 keluarga di kampung berkenaan dipindahkan susulan terhidu bau dipercayai berpunca daripada sisa buangan terjadual.

Advertisement

Pengarah JAS Johor Dr Mohd Farney Yusoff dilaporkan berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top