BM | EN | 中文

SIRI KARNIVAL KERJAYA JOHOR BESTARI TAWAR 31,179 PELUANG KERJA

aminolhuda-10.jpg

Aminolhuda Hassan

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 1 DIS: Sebanyak 31,179 peluang pekerjaan ditawarkan bermula Jun 2018 sehingga Oktober 2019 menerusi siri Program Karnival Kerjaya Johor Bestari.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan berkata siri karnival itu melibatkan lapan lokasi program, temuduga terbuka, siri lawatan industri, siri perbincangan bersama pusat latihan serta institut pendidikan tinggi, program Johor Upskilling dan Reskilling serta lain-lain.

“Pecahan peluang pekerjaan anjuran unit SMI dari Jun tahun lalu hingga Oktober tahun ini adalah sebanyak 14,603 untuk sijil, diploma dan keatas.

Advertisement

“Manakala bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan kebawah adalah sebanyak 16,576,” katanya pada Mesyuarat Ketiga (Belanjawan Johor 2020) Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Ke-14 di Kota Iskandar di sini, hari ini.

Aminolhuda (PH-Parit Yaani) menjawab soalan Onn Hafiz Ghazi (BN-Layang-Layang) berkenaan jumlah peluang pekerjaan yang berjaya diwujudkan kerajaan negeri melalui Unit Strategik Modal Insan Johor (SMI).

“Sejajar dengan hasrat kerajaan dalam mewujudkan pekerjaan berkemahiran, pada tahun ini, melalui Program Insan Johor anjuran Unit SMI juga telah membantu 110 usahawan dari segi keperluan peralatan asas perniagaan, asas kemahiran dan kursus kewangan.

Advertisement

“Di masa akan datang, sudah tiba masanya kita melihat lebih banyak usahawan tempatan dikalangan anak muda menceburi perniagaan bukan tradisional dan beralih kepada perniagaan berasaskan teknologi,” katanya.

Beliau berkata pihaknya akan memastikan anak muda dapat meningkatkan kebolehpasaran diri dengan kemahiran tinggi dan mempunyai mentaliti keusahawan yang betul untuk menyertai sektor ini.

“Hasilnya, kita akan mencipta peluang pekerjaan baru dengan menjadikan anak muda pekerja bebas atau prekariat yang menawarkan pekerjaan profesional yang bernilai tinggi selain dapat keluar dari kepompong ‘cukup makan’ dan mula perniagaan sendiri,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top