BM | EN | 中文

Singapura optimis lancar VTL darat hampir dengan tarikh VTL udara

tambak-johor.jpg

Gambar HIasan / Gambar Ehsan Media Corp

Advertisement

SINGAPURA, 20 NOV: Singapura yakin ia dapat melancarkan Laluan Vaksinasi Perjalanan (VTL) darat dengan Malaysia pada hujung bulan ini hampir dengan pelancaran VTL perjalanan udara’ yang dijadual pada 29 Nov.

Ada kemungkinan ia dilancarkan pada hari yang sama.

“Tetapi saya perlu jelaskan di sini bahawa butirannya masih dalam proses dan kami harap ia dapat diumumkan rancangan itu pada minggu depan supaya rakyat Singapura yang ingin membuat perjalanan dapat membuat perancangan sepatutnya,” kata Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Pelbagai kementerian (MTF) mengenai COVID-19 republik itu, Gan Kim Yong pada sidang media maya di sini hari ini.

Advertisement

Gan menjawab soalan mengenai tarikh sebenar pembukaan semula sempadan darat Johor Bahru•Singapura yang dilaporkan akan dilaksanakan pada 29 Nov – hari yang sama dengan VTL udara.

Beliau merangkap Menteri Perdagangan dan Industri berkata perincian mengenai bagaimana rakyat Singapura boleh menempah tiket dan menyusun perjalanan akan diumumkan kemudian – mungkin minggu depan.

‘Kami akan mulakan bilangan lebih kecil dengan had kuota tertentu: tambahnya.

Advertisement

Menteri itu menegaskan fasa pertama VTL darat berkemungkinan menumpukan kepada “kumpulan individu yang mempunyai keperluan untuk bersatu semula dengan keluarga mereka”.

“Keutamaan diberi untuk keluarga yang telah lama terpisah sejak permulaan COVID-19.

“Ada yang bekerja di sini dan ada juga warga Singapura yang bekerja di Malaysia. Mereka mahu pulang untuk bertemu dengan ahli keluarga mereka,” katanya.

Advertisement

“Selepas itu, kami akan lihat bagaimana skopnya boleh diperluas untuk membolehkan lebih ramai orang melakukan perjalanan.

“Kita mahukan pastikan kita dapat lakukannya dengan cara yang selamat melalui ujian saringan dan lain-lain bagi memastikan VTL darat ini terus membolehkan rakyat, penduduk dan PR dari kedua-dua negara selamat dalam perjalanan,” katanya.

Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad pada 18 Nov berkata VTL melalui Tambak dan Link Kedua akan dibuka serentak dengan VTL antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 29 Nov.

Advertisement

Fasa awal VTL darat juga dilaporkan akan dibuka kepada mereka yang menggunakan pengangkutan awam seperti kereta api dan bas kerana ia akan lebih mudah diurus berbanding membenarkan orang ramai memandu kereta dan motosikal mereka sendiri merentasi sempadan.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top