BM | EN | 中文

Singapura mula bangunkan Pulau Batu Putih – Laporan

puau-batu-putih-malaysia.png

Gambar Ehsan Editor Malaysia

Advertisement

SINGAPURA, 6 JUL: Singapura akan mula menambak tanah di sekitar pulau Batu Putih atau Pedra Branca, bagi menambah baik kemudahan di pulau berkenaan akhir tahun ini.

Portal BH Online memetik laporan kenyataan Kementerian Pembangunan Negara (MND) semalam berkata, ia bagi membolehkan kapal berlabuh selain menyediakan kemudahan logistik sokongan pentadbiran dan komunikasi tambahan.

Katanya, langkah berkenaan sekali gus akan meningkatkan keselamatan maritim serta keupayaan mencari dan menyelamat di kawasan itu.

Advertisement

Kenyataan itu berkata, kerja menambah baik kemudahan di pulau tersebut yang sudah dirancang namun terpaksa ditangguhkan ekoran pertikaian sebelum ini dengan Malaysia mengenai kedaulatan pulau itu.

“Kerja pembangunan akan memberi pengawasan lebih baik ke atas perairan di kawasan Pedra Branca, dan membolehkan kitabertindak dengan lebih pantas untuk menangani ancaman keselamatan maritim,” kata seorang jurucakap kementerian.

Kerja naik taraf yang diumumkan pada 2019 itu dijangka mengambil masa beberapa tahun, lapor agensi berita CNA.

Advertisement

Ia bakal dijalankan dalam jarak 0.9 kilometer (km) dari pulau sebesar 0.86 hektar itu dan sempadan perairan Singapura sekitar pulau berkenaan, kata kenyataan itu.

“Semua kerja tambakan akan dijalankan selaras dengan undang-undang dalam negeri Singapura dan undang-undang antarabangsa,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan bertanggungjawab atas kerja-kerja menambak kawasan seluas 7 hektar itu yang sebesar 10 padang bola.

Advertisement

Antara fungsi HDB, selain membangunkan perumahan awam, adalah untuk menjalankan kerja-kerja menambak bagi Pemerintah.

Pedra Branca terletak di pintu masuk Selat Singapura, sekitar 44 kilometer dari bahagian timur negara ini.

Ketika ini, ia menempatkan kemudahan bagi sistem maklumat lalu lintas kapal Singapura, yang mengawasi pergerakan kapal di perairan Singapura; sebuah landasan mendarat bagi helikopter; loji penyulingan air; menara komunikasi; dan stesen siaran semula tentera, yang memperbaiki hubungan tentera udara dan laut.

Advertisement

Pulau tersebut turut menempatkan Rumah Api Horsburgh, iaitu menara yang pertama seumpamanya di Singapura.

Kenyataan itu juga berkata, kerja pembangunan tersebut akan membantu agensi-agensi kerajaan yang lain menjalankan tugas dengan selamat dan lebih berkesan.

“Kerajaan juga akan mengambil langkah memastikan bahawa kerja pembangunan berkenaan tidak menjejas keselamatan pelayaran kapal di daerah itu,” katanya.

Advertisement

Dalam notis yang diterbitkan dalam Warta Pemerintah semalam, HDB berkata bahawa laporan penilaian kesan alam sekitar sudah sedia untuk disemak orang ramai selama empat minggu.

Mereka yang berminat boleh membuat janji temu dengan agensi tersebut untuk membaca laporan tersebut.

“Pelbagai agensi teknikal dan perancangan akan mengkaji maklum balas orang ramai serta cadangan HDB untuk melaksanakan langkah-langkah tambahan bagi menangani sebarang maklum balas.

Advertisement

“Penilaian kesan ke atas alam sekitar kemudian akan dikemaskini dan dimuktamadkan, sebelum HDB mula mendapat kelulusan daripada badan kawal selia yang relevan untuk menjalankan kerja-kerja yang disarankan,” kata kenyataan itu lagi.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top