BM | EN | 中文

Singapura – Malaysia harap perjalanan rentas sempadan dapat disambung

tambak-johor-singapura.jpg
Advertisement

Oleh : Massita Ahmad

SINGAPURA, 12 JUN: Singapura dan Malaysia berharap perjalanan rentas sempadan dapat dibuka semula apabila keadaan COVID-19 di kedua-dua negara bertambah baik, kata Menteri Pengangkutan republik ini S. lswaran.

Menerusi hantaran terbaru di Facebook rasminya, lswaran berkata beliau telah membuat panggilan video dengan rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pada Jumaat.

Advertisement

‘Kami berbincang pelbagai isu mengenai kerjasama Malaysia dan Singapura. Kedua-dua pihak akan terus melabur pada masa depan,’ tulisnya.

Iswaran sebelum ini menerajui Kennenterian Komunikasi dan Penerangan, kemudian dilantik menjadi Menteri Pengangkutan berkuat kuasa 15 Mei lalu.

‘Datuk Seri dan saya bersama-sama sepakat mengenai pentingnya meneruskan kerja-kerja untuk Sistem Transit Rapid Johor Bahru-Singapura, yang akan memperkukuh lagi hubungan apabila perjalanan rentas sempadan disambung semula.

Advertisement

‘Kami juga setuju untuk meneruskan kerjasama erat di platform antarabangsa seperti Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa dan Pertubuhan Maritim Antarabangsa, terutama mengenai isu transnasional jangka panjang seperti perubahan iklim dan pengangkutan mampan,” tulisnya lagi.

Iswaran berkata kedua-dua pihak akan terus berhubung dan bekegasama rapat untuk manfaat kedua-dua negara.

Menerusi hantaran yang sama beliau turut mengimbau kenangan zaman kanak-kanaknya: ‘Masa kanak-kanak dulu, setiap kali keluarga saya pergi ke Pulau Pinang, saya akan singgah di Ayer Hitam – kawasan Datuk Seri.

Advertisement

“Beliau mempelawa saya untuk mengunjungi Ayer Hitam lagi untuk menikmati keenakan kopi dan durian Musang King apabila keadaan COVID-19 bertambah baik. Tak sabar untuk memenuhi undangan beliau!”.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top