BM | EN | 中文

Singapura kuat kuasa saringan 7 hari

tambak-johor.jpg

Gambar HIasan / Gambar Ehsan Media Corp

Advertisement

SINGAPURA, 5 DIS: Bermula Isnin ini, semua pengembara yang memasuki Singapura menerusi Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL), perlu menjalani saringan COVID-19 setiap hari selama tujuh hari.

Pelaksanaan ini sebagai kaedah untuk mencegah penularan varian Omicron.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataan akhbar berkata, langkah itu tambahan kepada ujian prapelepasan dan ketibaan yang perlu dihadapi pengembara, ketika ini.

Advertisement

Pengembara perlu membuat saringan sendiri mengguna kit ujian antigen dan memberi maklumat itu secara atas talian, kecuali pada hari ketiga dan ketujuh, apabila saringan itu dibuat dengan pemantauan di pusat saringan.

Portal Berita Harian yang memetik agensi melaporkan, protokol kesihatan itu akan bermula pada 11.59 malam pada malam Isnin ini dan terpakai kepada pengembara yang tiba dari Malaysia melalui Tambak Johor.

Selain itu, Singapura juga melanjutkan sekatan perjalanan kepada lebih banyak negara yang mengalami lonjakan kes Omicron.

Advertisement

Bermula semalam, semua pemegang pas jangka panjang dan jangka pendek dengan sejarah perjalanan ke Ghana, Malawi dan Nigeria dalam tempoh 14 hari terakhir tidak akan dibenarkan memasuki Singapura, atau transit melalui negara itu.

Bulgaria, Hungary, Iceland, Ireland, Luxembourg, Norway dan Poland akan diletakkan dalam Kategori III pada 6 Disember dengan pelancong dari negara ini perlu dikuarantin selama 10 hari.

Kementerian itu berkata, varian berkenaan sudah dikesan di sekurang-kurangnya 28 buah negara, khususnya mereka yang melakukan perjalanan ke Afrika Selatan.

Advertisement

“Pada masa ini tiada bukti menunjukkan simptom yang dikaitkan dengan varian Omicron berbeza atau lebih teruk daripada varian lain, atau vaksin dan rawatan semasa tidak akan berkesan terhadap Omicron.

“Lebih banyak data dan kajian lanjut diperlukan untuk mengesahkan perkara ini,” kata kementerian itu.

Kementerian itu juga berkata, ujian pantas antigen masih berkesan sebagai kaedah pengesanan COVID-19, termasuk kes Omicron

Advertisement

“Pengesahan awal oleh pengeluar (kit ujian ini) menunjukkan ujian pantas antigen masih berkesan dalam mengesan kes COVID-19 bagi varian Omicron. Makmal sedang melakukan ujian biokimia lanjut untuk mengesahkannya,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top