BM | EN | 中文

Sindiket terbesar tumpas, rokok seludup RM52 juta dirampas di Pontian

Pasukan-Polis-Marin-PPM-Wilayah-Dua-rokok-seludup-Pontian.jpg

Gambar Ehsan FB Community Roda Johor

Advertisement

PONTIAN, 10 MAC: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menumpaskan sindiket menyeludup masuk rokok bernilai RM52 juta dengan menggunakan kapal kargo asing di kedudukan 2.9 batu nautika barat daya Pulau Kukup dekat Pontian, Isnin lepas.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Abd Rahim Jaafar berkata kapal kargo berdaftar di Mongolia itu ditahan bot ronda Unit Risikan PPM Wilayah Dua, kira-kira 8.15 malam.

Beliau berkata pergerakan kapal kargo dari perairan Myanmar itu dikesan berdasarkan maklumat tisikan.

Advertisement

Menurutnya, bot ronda terbabit cuba memintas kapal kargo berkenaan, namun, kapten kapal tersebut enggan bekerjasama sebelum berjaya ditahan.

“Hasil pemeriksaan, lebih 7,000 kotak berisi rokok tidak bercukai ditemukan di dalam kapal kargo berkenaan dan ia merupakan rampasan terbesar dalam sejarah negara,” katanya kepada pemberita pada sidang media, di sini hari ini.

Abd Rahim berkata polis mengesan tindakan kapal terbabit yang berulang-alik dua kali dari Batam, Indonesia, ke pantai barat Johor sejak bulan lepas dan kemudian mengagihkan rokok kepada bot-bot tempatan kecil di sepanjang laluan.

Advertisement

“Kapal ini akan cuba masuk ke perairan kita setiap kali tiada penguat kuasa dan bot-bot kecil akan mengambil rokok berkenaan dati kargo,” katanya.

Menurutnya, rokok berkenaan dipercayai dimasukkan ke dalam beg plastik sebelum dicampak ke dalam laut dan diambil oleh bot-bot kecil.

Seramal 10 kru kapal terbabit melibatkan warga Myanmar dan Singapura bersama seorang kapten kapal warga Myanmar berumur antara 22 hingga 60 tahun ditahan untuk tindakan lunjut mengikut Seksyen 135 (1)(a) Akta Kastam 1967, katanya.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top