BM | EN | 中文

SINDIKET SELUDUP ROKOK KONTRABAN, ARAK TIRUAN DI JOHOR TUMPAS

polis-marin.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 4 SEPT: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan rokok kontraban dan arak tiruan dengan nilai rampasan berjumlah RM560,709 dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Laman Setia, di sini, Selasa.

Timbalan Komander PPM Wilayah Dua Supt Noor Azman Jamal berkata dalam serbuan pukul 4 petang yang dijalankan selepas risikan dan intipan pegawainya itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki warga tempatan.

Katanya, sebanyak 10,740 paket rokok pelbagai jenis tidak bercukai kastam serta 840 liter arak tiruan yang diletakkan dalam lima tong biru ditemui dalam sebuah bilik di tingkat dua rumah itu dan empat buah kenderaan yang berada di kawasan rumah terbabit.

Advertisement

“Nilai rampasan rokok seludup termasuk cukai adalah sebanyak RM137,961, minuman keras tiruan pula adalah bernilai RM167,748 dan nilai keseluruhan kenderaan RM255,000 yang menjadikan keseluruhan rampasan sebanyak RM560,709,” katanya kepada pemberita dalam sidang media, di sini, hari ini.

Menurutnya, empat buah kenderaan itu adalah jenis Toyota Harrier, Perodua Alza, Toyota Estima serta Toyota Hiace dan ketika intipan dilakukan, seorang lelaki sedang memunggah kotak-kotak ke dalam kenderaan berkenaan.

“Dalam serbuan ini juga, kita turut menemui ‘raw material’ (bahan mentah) dalam beberapa botol, berwarna putih, yang dipercayai digunakan untuk memproses arak tiruan itu.

Advertisement

“Selain itu, kita turut menemui sejumlah penutup botol yang mempunyai pelekat Kastam tiruan,” katanya

Azman berkata rokok seludup dan arak tiruan itu dipercayai adalah untuk pasaran tempatan dan setakat ini pihaknya masih menyiasat sejak bila kegiatan itu aktif.

Kes disiasat mengikut Sesyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967 kerana mengangkut atau membawa barang yang dilarang dan pihaknya membuat permohonan kepada mahkamah hari ini untuk menahan reman suspek.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top