BM | EN | 中文

Sindiket seludup dadah ke Indonesia tumpas, Polis Johor rampas syabu RM1.4 juta

Ayob-Khan-Polis-Johor-Sindiket-penyeludupan-dadah-ke-Indonesia-tumpas.jpg

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay melihat dadah yang dirampas dari sindiket seludup dadah ke Indonesia serta rampasan syabu bernilai RM1.4 juta di dua daerah di Johor pada 6 Disember dan semalam pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini (Gambar Ehsan FB Polis Johor)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 DIS: Polis Johor mematahkan cubaan menyeludup 31.25 kilogram syabu bernilai RM1.4 juta ke Indonesia serta menahan tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia dalam operasi di sekitar bandar raya ini dan Kota Tinggi dalam tempoh dua hari sejak kelmarin.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata tiga suspek terbabit yang dipercayai berperanan sebagai runner sindiket, berusia antara 33 dan 46 tahun, diberkas menerusi operasi khas Pasukan Polis Marin Wilayah Dua dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor.

Katanya dua suspek termasuk warga Indonesia terbabit ditahan di Batu Layar pada 7.15 malam, 6 Dis lalu, sementara seorang lagi suspek diberkas di Bandar Penawar pada 2.30 pagi semalam, ketika kesemua mereka sedang menunggu bot untuk membawa dadah berkenaan ke Indonesia.

Advertisement

“Modus operandi kegiatan sindiket ini ialah dengan menyembunyikan dadah di dalam tong jerigen (tong minyak) bagi mengaburi pihak berkuasa sebelum dihantar ke Indonesia menggunakan bot.

“Sindiket ini beroperasi sejak Mac lepas dan kita percaya ia ada kaitan dengan operasi sindiket pengedaran dadah di Indonesia,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Ayob Khan berkata hasil ujian saringan air kencing terhadap ketiga-tiga suspek mendapati dua daripada mereka positif methamphetamine serta mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes penipuan dan curi.

Advertisement

Polis sedang memburu ketua serta saki-baki sindiket itu, katanya, menambah ketiga-tiga suspek direman tujuh hari bermula semalam mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top