BM | EN | 中文

Sindiket pengedaran dadah didalangi anak beranak tumpas

PhotoGrid_1581908844906.jpg

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Shafie Ismail menunjukkan barangan yang dirampas dalam serbuan itu

Advertisement

KOTA TINGGI, 17 FEB: Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah dengan merampas pelbagai jenis dadah dan kenderaan bernilai kira-kira RM1.25 juta dalam serbuan di sebuah bengkel di Jalan Lombong di sini, kira-kira jam 6 petang, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Shafie Ismail berkata, dua beranak berusia 22 dan 47 tahun merupakan suspek yang berjaya ditahan dalam operasi dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Tinggi.

Menurutnya, dalam operasi itu, polis berjaya merampas 7,880 papan dadah jenis pil eramin 5, 471 kotak rokok pelbagai jenama, 12 bungkus mercun serta dua buah kenderaan jenis Toyota Camry serta Hyundai Trajet 2.0.

Advertisement

“Sindiket ini yang aktif sejak tiga bulan lalu dipercayai pada mulanya melakukan kerja menyeludup rokok.

“Namun selepas aktiviti penyeludupan rokok itu sering dikesan pihak berkuasa, sindiket ini mula beralih arah kepada pengedaran dadah jenis pil eramin 5.

“Pil ini dipercayai diperolehi dari Kuala Lumpur untuk pasaran selatan terutama Johor. Dalam usaha untuk mengesan suspek dibawah seksyen 324 kanun keseksaan, dan apabila sampai di bengkel tersebut mendapati terdapat barang rampasan antaranya dadah, rokok, mercun, 12 bilah parang dan 12 keping nombor plat kenderaan.

Advertisement

“Hasil siasatan awal, polis percaya sindiket ini juga menggunakan modus operandi menukar plat kereta berlainan setiap kali menjalankan kerja pengedaran dadah berkenaan bagi mengelakkan dikesan,” katanya pada sidang media di IPD Kota Tinggi, semalam.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah.

Tambahnya, kedua suspek berkenaan mempunyai hubungan anak beranak dan keduanya juga mempunyai rekod jenayah lampau.

Advertisement

“Bapanya pernah terlibat dalam seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh (dalam siasatan) dan pernah diambil tindakan dibawah aktiviti perjudian.

“Anaknya pula terlibat dalam seksyen 324 kanun keseksaan kerana mendatangkan kecederaan,” tambahnya.

Kedua-dua suspek direman bermula 16 hingga 22 Februari depan. Kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967, Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957, Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil dan Akta Bahan Kakisan dan Letupan serta Senjata Berjadual 1958.

Advertisement

Johorkini.

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top